Saya budak university
tapi sebenarnya macam u-never-study. :p
(nauzubillah!)
yang betulnya....
Saya budak university dan sedang berusaha untuk betul2 jadi seperti budak university. InsyaAllah. Doakn ya! =)
Kuliah Usuluddin bahagian Hadis Tahun 3
hmmm..banyak nyaa kitab kene bacaaaaaa :(
Mula-mula bila seorang senior tanya saya melalui chatting: " kenapa pilih hadis?"
Saya jawab: " Sebab saya suka."
Dia tanya lagi: "kenapa suka hadis?"
Saya terdiam. Banyak tanya pulaaaaa ....
Saya jawab: "perlu ke kita tahu kenapa kita suka?"
Dia kata: "perlu. sebab bila satu masa nanti, kita mula hilang semangat... sebab kpd pilihan yang kita dah buat lah yang akan bangkitkan semangat kita."
jadual kuliyah: 3 hari cuti buat saya lompat gumbira~ hihihi
sebab saya:
saya suka kepada hadis Rasul. Saya suka kepada keunikan yang ada pada ilmu hadis. Mempelajari tentang silsilah para perawi yang menerima hadis lalu menyampaikan. Bersambung silsilah dari satu generasi kepada satu generasi. Tanpa mereka, kita semua tidak akan dapat menerima wahyu Ilahiy! Para ruwat, anfaasur Rasul... (tambahan pula, ilmu ini hanya ada pada agama Islam saje).Waktu itu, saya tegar dengan pendirian. Syu'bah hadis tetap jadi pilihan.
Tapi semester pertama buat saya hilang arah.
Takhreej... Dirosah asanid...
Terlalu banyak yang saya perlu hafal. Bukan nama perawi. Tetapi nama kitab-kitab hadis. Bersama pengarangnya. Ditambah pula hafal metode penyusunan kitab-kita tersebut. :'(
Saya lihat.... subjek hadis begitu 'kering' dan 'statik'. Saya mula tawar hati.
Tapi, semalam... dukturah buat hati saya 'hidup' kembali. Ilmu hadis bukan pada teori sahaja.
Bukan pada fakta. Ia perlukan PENGHAYATAN. Barulah ilmu itu segar.... hati pun tak tawar. Manis manis aje :)
Alhamdulillah.
Di dalam ilmu hadis, ada satu bab yang membincangkan tentang para perawi. Bab Al-Jarhu wat Ta'dil. Satu semakan dari para muhaddisin menentukan samaada perawi yang meriwayatkan hadis itu boleh diambil riwayatnya ataupun tidak. Samaada mereka 'thiqah (boleh dipercayai) ataupun Kazzab (melakukan pembohongan). Dukturah kata tentang muhaddisin ini;
هم يعرفون الرواة كما يعرفون أبناءهم
mereka mengenali perawi seperti mereka mengenali anak-anak mereka
Saya tersentak. dan tersedar.
Beribu-ribu perawi.... dan para muhaddiseen dapat mengenal mereka. :'(
Di manakah saya....?
tidak. di. mana. mana. :(
Apabila giliran maddah hadis tahlily, Dukturah sangat tegas. Lagak seorang ibu sedang mengajar anaknya makan dengan betul supaya nasi tak tertumpah. Datang lewat, ditegur. Duduk tak betul, ditegur. Di akhir muhadoroh katanya:
" RasuluLLAH datang mengajar kita tentang akhlak dan adab. Apabila kamu semua mempelajari hadis, jangan hanya lihat pada zohir hadis sahaja. Kerana setiap hadis itu mempunyai 'pelajaran' yang ingin disampaikan. lihatlah pada akhlak sahabat ketika bersama RasuluLLAH......"
Waktu itu, rasa macam nak melalak saje. Betapa saya lepas pandang pada benda-benda yang sepatutnya diihtimamkan. Maddah hadis yang saya belajar di kuliyah...hakikatnya...bukan fakta. Yang harus saya fahami lalu menghafalnya untuk dijawab di kertas ujian. Sebaliknya, maddah tersebut merupakan lampu suluh yang menunjukkan jalan ketika berada di dalam kegelapan. Suluhan cahaya itu lah yang membuatkan malam seperti siang.
Doakan kami semua cemerlang dunia akhirat...Amin ;')
No comments:
Post a Comment