Showing posts with label Bicara akal Iman. Show all posts
Showing posts with label Bicara akal Iman. Show all posts

Aug 17, 2010

Manis tapi berat




Kelihatan masih ada butir-butir nasi atas dulang di bahagiannya.

"Awak, habiskan lah nasi-nasi tu." sambil tersenyum kearah adik baru yang baru seminggu lebih menjadi keluarga kami.

" hmm, kan dahbis tu." Jawabnya ringkas.

"Tak, ada lagi tuu.. Syeikh nur kata kena kasi abes nasi, Tak boleh tertinggal satu pun". Jawab saya panjang lebar. Almaklum, ikut perangai ayah yang suka beri tazkirah ringkas lepas makan. huuu~ kan bapa borek, anak rintik. =)

Didikan Rasulullah pada ummat supaya tidak membazir. Nasi yang jatuh dari pinggan dipungut sebab manusia tidak tahu di mana keberkatannya. Supaya tidak dipertanyakan di akhirat nanti atas sikap sambil lewa terhadap rezki kurniaan Tuhan.

Diam.

Walaupun perut sudah agak sendat, lebihan nasi terus disuap ke mulut. Mata memandang kakak yang sedang memerhati dialog kami.

" hmm, makin banyak belajar, makin banyak tanggungjawab eh. Tanggungjawab nak amalkan!".

Kakak mengangguk setuju.

Manis sungguh momento menuntut ilmu. Setiap detik bagai berada di taman rekreasi ruhani. Sentuhan Ilmu sang murabbi menyemai ketenangan hati yang sering diusik keseronokan dunia.
Benarlah...hanya mengingati Tuhan hati menjadi tenang. Minda bergerak pantas sambil sepenuh perhatian cuba difokuskan. Walau kadang-kadang terleka dan terkhayal. Tapi, disitu datangnya mujahadah menuntut ilmu. Perlu bijak menangani minda yang seperti layang-layang. Jika terbang ditarik semula. Dengan cukup hati-hati.

Namun disebalik setiap pengisian ini, bertambah lagi amanah yang Allah punggukkan pada penuntut-penuntut ilmuNya. Manis tapi berat. Amanah untuk mengamalkan.

Teringat tazkirah ringkas dari seorang ukhtiy sebelum memulakan pembacaan kitab Muktamad. Hadis Rasulullah dibaca sebagai ingatan dan pedoman untuk diteladani.

Rasulullah bersabda:




مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنَ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَتْ مِنْهَا طَائِفَةٌ طَيِبَةٌ قَبِلَتِ الْمَاءَ، فَأَنْبَتَتِ الْكَلأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيْرَ، وَكَانَ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتِ الْمَاءَ، فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَاسَ فَشَرِبُوْا مِنْهَا وَسَقُوْا وَزَرَعُوا، وَأَصَابَ طَائِفَةً مِنْهَا أُخْرَى إِنَمَا هِيَ قِيْعَانٌ لاَ تُمْسِكُ مَاءً وَلاَ تُنْبِتُ كَلأَ؛ فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِيْنِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلّمَ، وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ اَلذِي أُرْسِلْتُ بِهِ



Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang oleh karena itu Allah mengutus aku untuk menyampaikanya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi; bumi itu ada yang subur, menyerap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras tidak menyerap air sehingga tergenang, maka Allah memberi manfaat dengan hal itu kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercocok tanam. Ada pula hujan yang jatuh kebagian lain, yaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput.Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mau memanfaatkan sesuatu yang oleh karena itu Allah mengutus aku menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Begitu pula perumpamaan orang yang tidak mau memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya.” (Muttafaqun’alaih)



Salah satu dari golongan yang disebutkan adalah mereka yang menghabiskan waktu dengan menuntut ilmu namun tidak mengerjakan apa yang telah dipelajari tetapi ia menyampaikan kepada orang lain. Maka golongan ini diumpamakan seperti tanah yang tergenangi air untuk dimanfaatkan manusia sekelilingnya. Tetapi tidak subur.


Seronok bila menuntut ilmu. Mudah untuk menyampaikan. Tetapi berat untuk mengamalkan.

Syeikh Yusuf al-Qardhawi berkata:


العلم بغير عمل هباء

Ilmu tanpa amal seperti debu (yg berterbangan)

Lalu, di sini lah peranan sebenar penuntut ilmu, lebih -lebih lagi penuntut ilmu agama supaya mengamalkan ajaran yang diajar Rasulullah SAW. Kerana kita adalah cerminan Islam.

Kuffar memandang rendah Islam kerana perilaku kita.
Kuffar mengatakan Islam itu konservatif kerana cara kita mendukung agama.
Kuffar mengatakan Islam itu terroris kerana akal pendek kita menyalahgunakan nas alquran.

Kita cerminan Islam... Kita cerminan Islam... Kita cerminan...




اللهم اجعلنا من الذين يعلمون فيعملون ويعملون فيخلصون



Jun 29, 2010


' Likes This'


Bismillah, Alhamdulillah.. Imtihan tinggal satu maddah lagi sebelum 'pertempuran otak dan juhud' mengangkat bendera putih secara rasminya. Satu persatu plan soifi menebal dalam jadual kehidupan. Allahul musta'an..

Entah kenapa hari ini si Jahil tampak bersemangat menarikan jari jemarinya untuk menumpahkan monolog diri yang sudah bertakung di cepu otak. Pengambilan ilmu secara excessive, mungkin. Huuu.. mana tidak~ 11 maddah Straight dengan maudu' ilmu yang pelbagai. Ya Allah! Mohon diingatkan apa yang dah dihafal dan dipelajari. Perit rasanya belajar setengah maut kemudian lupa. Oh, lebih perit lagi jika belajar tapi tak amalkan. Ok.

FACEBOOK

"ustaz, indakum wajhul kitab?"
. Pertanyaan yang ditujukan untuk Ustaz Mustafa pulang cuti setahun yang lepas. Cikgu yang mendengar pertanyaan saya mengekek geli hati dengan terjemahan 'buta' saya. Hodoh bunyinya ya. Wajhul kitab- Facebook.

Hodoh macam mana pun bunyinya, FACEBOOK tetap menjadi nombor satu FAVOURITE ramai di kalangan kita-termasuk saya. Rasanya tidak keterlaluan jika saya kata:
Facebook dalam kehidupan seperti garam dalam masakan.
Hari-hari yang dicari pastilah facebook.

Tak salah.

Tak salah menjadikan facebook favourite kita seandainya ia digunakan dengan cara yang BETUL. Kagum melihat pengguna facebook yang ligat menjalankan misi dakwahnya dengan cara 'tagging' yang disediakan. Kagum melihat para pengguna facebook yang rajin memberi tazkirah yaumiyah di 'status' nya. Gembira melihat facebook dijadikan padang jejak kasih dan tempat pengikat ukhuwwah yang disyariatkan agama. Semua itu menyumbang kepada pembangunan syakhsiyyah seseorang jika ia diambil manfaat sepenuhnya.

Mengikut qeel wa qaal, Facebook merupakan kepunyaan seorang Yahudi. Ia diasaskan menjadi senjata untuk memundurkan umat Islam. Sebab itu ada golongan yang anti-facebook dan melancarkan pemboikotan facebook sedikit waktu yang lalu. Yahudi tahu, umat Islam lekas terleka dengan keseronokan dunia. Yahudi tahu untuk memerangi kekuatan Umat Islam bukan dengan cara bersenjata tetapi dengan serangan pemikiran. Abstrak tetapi cukup bahaya.

Pedang dua mata

Semuanya terpulang di tangan pengguna. Samaada untuk menggunakannya pada kebaikan atau sebaliknya. Bakh, kepada mereka yang memanfaatkan. Khobu wa khosiru pada mereka yang lalai dan leka.

*bakh: kalimat Arab yang digunakan untuk memuji.
*khobu wa khosiruu: rugilah


'Likes This'

Saya cukup menyampah kepada penyalahgunaan 'likes this' yang disertakan dalam fungsi fb. Dalam tidak sedar, penggunaan 'likes this' yang digunakan tanpa filter iman dan ilmu mengundang dosa. Boleh jadi hingga ke tahap menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal. Antum rasa, saya keterlaluan dalam bicara? Lihat saja status updates penggunanya.

@ is now single.

Apa comment yang diberikan?
a: Serious! ape jadi,beb?
b: Sis, takyah sedih k. Ramai lagi yang ada
c: chill ah, esok2 oklah tuuuu

atau yang lebih menyedihkan lagi jika status menaik-taraf

@ is now in relationship.

24 people like this. Siap tambahan comment lagi
a: Congrats!
b: Ceh...citer ah beb
c: sweeeeeet couple.

atau yang lebih menggelikan hingga nak tercabut bulu, bila fb dijadikan tempat luahan CINTA!

" i love u, honey..." "imy" "ily" dan macam macam singkatan lagi.
Apa comment yang diterima?
a: awwww so romantic.
b: Cehhh... abeh aku kau tak sayang?


Benarkah ini cara kehidupan ummat Muhammad Sollallahu alaihi wa sallam yang Allah gambarkan merupakan sebaik-baik ummat? Firman Allah:


كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف و تنهون عن المنكر و تؤمنون بالله

" kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, keraana kamu menyuruh membuat yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah."

Menyuruh kepada yang maaruf , mencegah dari yang mungkar

bukan sebaliknya. Tanpa sedar, apabila sebarangan 'likes this' seakan-akan kita sedang menyokong tindakan dan caranya yang berlawanan dengan syariat Islam. Islam mengharamkan hubungan cinta sebelum kahwin.

Jadi Likes this pada status 'in relationship' = likes this pada apa yang Allah haramkan

Nauzubillah.


Semoga Allah pelihara kita semua supaya sentiasa celik mata hati dan sensitif dengan agamanya agar tak tersasar hala tujuan.

Saya bukan nak menghentam. Saya bukan juga hendak menuding jari. Anggaplah penulisan saya di teratak Iman hanyalah picisan buah fikiran si Jahil yang mengingatkan dirinya supaya amanah dengan qaul dan penulisannya.



Wahai diri, engkau menulis bukan untuk manusia. Engkau menulis untuk dirimu sendiri. Malula, dan takutlah andai Allah marah kepada mu kerana mengatakan apa yang tidak engkau lakukan.... :'( Ihdinaa ya rabb!

Jun 15, 2010



Mencari Jalan Pulang





قال الشيخ زكي إبراهيم رحمه الله:


أبصرت حول البيت بالأبواب عالت

Aku melihat pintu-pintu yang tinggi di sekeliling kaabah


أبواب باسم الملك واسم أهل الجاه

Pintu-pintu yang padanya nama raja dan orang yang berpangkat


فأخذت أركض هنا فهناك

Aku mula berlari ke sana dan ke mari


في الناس أسأل أين باب الله؟

Pada manusia ku bertanya; Di mana pintu Allah?


* * *

Dalam setiap perjalanan seorang hamba, akan datang suatu ketika dirinya tersungkur jatuh. Wahai diri, jika kamu mengalami sakitnya jatuh itu, segera lah tersenyum. Tuhan mengujimu untuk memberi mu rasa 'kahambaan'. Lemas lah kamu dalam menggapai pertolonganNya.

Wahai diri yang beriman kepada Allah sebagai Tuhanmu, dan meyakini Rasul sebagai pesuruhNya..
Kekuatanmu itu dalam mengingatiNya. Kekuatan mu itu dalam percaya kepadaNya. Kekuatan mu itu dalam mengharap kepadaNya.

Pinta kekuatan mu dariNya.

الدعاء سلاح المؤمن

Doa itu senjata Orang Mukmin

Wahai diri, itu bukan kata-kata biasa. Itu kebanggaan! Itu kunci kepada sebuah kemenangan. Ia sumber segala kekuatan!

Kekuatanmu itu apabila kamu......kembali padaNya.

Dalam setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Dalam setiap derita pasti ada bahagia.



وإذا رأيت من الهلال بدوه

dan jika kau melihat permulaan bulan sabit itu

أيقنت أن سيكون بدرا كاملا

Yakinilah ia akan menjadi bulan yang penuh

* * *





Ps: Imtihan fasl thaniy masih berbaki 6 maddah lagi dengan 7 buah buku yang perlu dibelek dan dihafal sebahagian pula. Tapi dah tak larat rasanya. Bagaimana nak menempuh hari-hari yang akan datang dengan kekuatan yang bersisa... Hmm, teringat perbualan petang tadi,

1#

"kakak, penatlah! Eh, tak..tak...mana ada futur dalam diri seorang pejuang!" Semangat sungguh saya berkata.

Jawab kakak, " Eh! kan Syeikh Rahim kata, Futur itu Rahmah.."

Ya. Futur itu Rahmah. Terkandung rahsia yang tersembunyi. Pandai-pandailah cari. Asal jangan futur terus... -_-'

2#

"Macam mana ihktibar yang lepas2 ni?" . Tanya seorang sahabat.

" Tawakkaltu. Doakan ana ye. Dah penat." Jawab saya singkat.

Katanya, " Eh, adilah penat? Kdg2 anti ni ajib (pelik) pulak eh. Mcm kelakar pulak anti penat belajar."

Mungkin, kata katanya adalah satu dorongan buat saya. Tapi...saya juga manusia biasa.

May 25, 2010




Perlukah ada rasa malu?




pokok pun tahu malu~ :)



Malu itu subjektif.
Terlalu besar maknanya. Banyak pula pecahannya. Pelbagai orang merasainya. Tapi, pada hal dan situasi yang berbeza.

Malu itu ada dua.
Malu pada Tuhan dan juga malu pada manusia.


Malu pada Tuhan pendinding hamba dari melakukan maksiat. Malu pada Tuhan buat hamba sentiasa berjaga.
Jika semua manusia itu ada sifat malu pada Tuhan, tidak akan ada kejahatan di dunia ini.
Masing-masing 'tunduk tersipu' dari kerosakan, masing masing menunduk tak tergamak mengangkat muka memandang hasutan dan hawa nafsu.
Sebab malunya pada Tuhan mengatasi segala-galanya.


Kita mahu jadi orang yang pemalu pada Tuhannya...


Satu lagi adalah malu kepada manusia.
Semua orang merasai malu. Baik lelaki mahupun perempuan.
Tapi, zaman kini, malu itu sudah disalah ertikan oleh sebahagian golongan.

Bagi sesetengah ar-rijal
Katanya; malu itu untuk perempuan. Sibuk bertanya-tanya di mana sifat malu perempuan itu tetapi lupa adakah sudah ada malu dalam dirinya?
Siapa kata ar-rijal tidak perlu ada rasa malu? Jika Rasulullah itu qudwah ar-rijal, maka Rasulullah itu tersangat tinggi sifat malunya.


كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها


"Nabi SallaLLAHU alaihi wasallam tersangat malu lebih dari malunya anak dara di sebalik tirainya" Hr-Ahmad Sahih


Sebab ar-rijal tidak malu lah an-nisaa itu tidak tenteram di jalanan.
Meluat. Jelek mendengar usikan.
Sebab ar-rijal tidak malu lah mereka hanya menutup sebelah mata sahaja apabila an-nisaa sudah setapak lebih kehadapan dan berpotensi dari mereka.
Sebab ar-rijal tidak malu lah an-nisaa' hilang juga malunya.

Ada juga golongan lain
Katanya; kaumnya sememangnya tidak perlu malu. Malu pembantut kemajuan. Pendukung kemunduran.
An-nisaa seperti itu jahil dalam mendifinisikan malu.

Golongan lain pula
Lagaknya seorang heroin di hadapan ar-rijal
mengekek ketawa, bertepuk tampar, bermanis mesra tanpa sempadan
siapa kata perempuan tidak boleh berkawan dengan lelaki?
Lalu, layanan an-nisaa' kepada ar-rijal menjadi seacuan layanan an-nisaa kepada an-nisaa' lainnya. Sudah tiada beza.
An-nisaa seperti ini merendahkan harganya di pandangan agama.
Sememangnya dia seorang kilauan permata menjadi kaca yang tidak berguna.
Islam yang nabi ajar bukan begini caranya.

Satu lagi golongan
Tidak malu berkata-kata dengan semanis kata di hadapan ajnabiy
macam-macam gelaran di depan mata
'baby' 'sayang''hubby' 'honey'
Tak malu bertanya pada yang bukan halal miliknya
"u sayang i tak?" "nari kita keluar nak?"
Tetapi apabila di gelanggang ilmu
bila diminta pendapatnya, muka menunduk lantai
bila tidak memahami pelajaran, mulut diam membisu.
Katanya; 'camne nak tanya, cane nak kasi pendapat malu beb!"
Golongan ini zalim.
Meletakkan sesuatu yang bukan di tempatnya.

Sepatutnya...

Kita malu pada yang Mungkar
Tetapi malu-less pada kebaikan.

Di dalam athar ada menyebut

نعمت النساء نساء الأمصار لم يمنعهن الحياءمن السؤال عن دينهن


Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama.


Kita mahu jadi seperti an-nisaa' ini..

Nusaibah r.a yang tidak malu berjihad menentang musuh
Asma' binti Abu bakar yang menghantar makanan kepada nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah
Rafidah Al-aslami yang merawat orang lelaki yang cedera di dalam peperangan
Khaulah yang menegur Khalifah Umar di khalayak ramai
Mereka menanggalkan malu yang menjadi pakaian mereka pada tempat yang sepatutnya kerana...
kerja-kerja menegakkan Islam melibatkan lelaki dan perempuan.


Firman Allah:

" Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh membuat kebaikan dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasulnya"

(At-taubah 71)

Kita mahu malu jadi pakaian kita.
Bukan menjadi pembantut kemajuan, tetapi perisai kearah kecemerlangan
membina syakhsiyah muslimah mukminah yang berjaya dunia akhirat.







P/S: Moge entry ni menjadi semangat untuk diri sendiri yang masih tak pandai lagi meletakkan malu di tempatnya. Akhir-akhir ini teruk betul kawalan sifat 'paisei' yang menebal bertepek tepek. :'( Sebab malu, akhirnya saya tak masuk kelas syeikh syaltut yang waktu tu perempuan satu pun tak datang. Sebab malu, saya tak dapat tanya soalan kat Syeikh Jamal sebab lelaki dah bertimbun2 melekat kat syeikh. -_-' Huu~ akhirnya, sedih sendiri. Melalak pun tak guna,kan. Duh.