Perlukah ada rasa malu?

pokok pun tahu malu~ :)
Malu itu subjektif.
Terlalu besar maknanya. Banyak pula pecahannya. Pelbagai orang merasainya. Tapi, pada hal dan situasi yang berbeza.
Malu itu ada dua.
Malu pada Tuhan dan juga malu pada manusia.
Malu pada Tuhan pendinding hamba dari melakukan maksiat. Malu pada Tuhan buat hamba sentiasa berjaga.
Jika semua manusia itu ada sifat malu pada Tuhan, tidak akan ada kejahatan di dunia ini.
Masing-masing 'tunduk tersipu' dari kerosakan, masing masing menunduk tak tergamak mengangkat muka memandang hasutan dan hawa nafsu.
Sebab malunya pada Tuhan mengatasi segala-galanya.
Kita mahu jadi orang yang pemalu pada Tuhannya...
Satu lagi adalah malu kepada manusia.
Semua orang merasai malu. Baik lelaki mahupun perempuan.
Tapi, zaman kini, malu itu sudah disalah ertikan oleh sebahagian golongan.
Bagi sesetengah ar-rijal
Katanya; malu itu untuk perempuan. Sibuk bertanya-tanya di mana sifat malu perempuan itu tetapi lupa adakah sudah ada malu dalam dirinya?
Siapa kata ar-rijal tidak perlu ada rasa malu? Jika Rasulullah itu qudwah ar-rijal, maka Rasulullah itu tersangat tinggi sifat malunya.
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها
"Nabi SallaLLAHU alaihi wasallam tersangat malu lebih dari malunya anak dara di sebalik tirainya" Hr-Ahmad Sahih
Sebab ar-rijal tidak malu lah an-nisaa itu tidak tenteram di jalanan.
Meluat. Jelek mendengar usikan.
Sebab ar-rijal tidak malu lah mereka hanya menutup sebelah mata sahaja apabila an-nisaa sudah setapak lebih kehadapan dan berpotensi dari mereka.
Sebab ar-rijal tidak malu lah an-nisaa' hilang juga malunya.
Ada juga golongan lain
Katanya; kaumnya sememangnya tidak perlu malu. Malu pembantut kemajuan. Pendukung kemunduran.
An-nisaa seperti itu jahil dalam mendifinisikan malu.
Golongan lain pula
Lagaknya seorang heroin di hadapan ar-rijal
mengekek ketawa, bertepuk tampar, bermanis mesra tanpa sempadan
siapa kata perempuan tidak boleh berkawan dengan lelaki?
Lalu, layanan an-nisaa' kepada ar-rijal menjadi seacuan layanan an-nisaa kepada an-nisaa' lainnya. Sudah tiada beza.
An-nisaa seperti ini merendahkan harganya di pandangan agama.
Sememangnya dia seorang kilauan permata menjadi kaca yang tidak berguna.
Islam yang nabi ajar bukan begini caranya.
Satu lagi golongan
Tidak malu berkata-kata dengan semanis kata di hadapan ajnabiy
macam-macam gelaran di depan mata
'baby' 'sayang''hubby' 'honey'
Tak malu bertanya pada yang bukan halal miliknya
"u sayang i tak?" "nari kita keluar nak?"
Tetapi apabila di gelanggang ilmu
bila diminta pendapatnya, muka menunduk lantai
bila tidak memahami pelajaran, mulut diam membisu.
Katanya; 'camne nak tanya, cane nak kasi pendapat malu beb!"
Golongan ini zalim.
Meletakkan sesuatu yang bukan di tempatnya.
Sepatutnya...
Kita malu pada yang Mungkar
Tetapi malu-less pada kebaikan.
Di dalam athar ada menyebut
نعمت النساء نساء الأمصار لم يمنعهن الحياءمن السؤال عن دينهن
Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama.
Kita mahu jadi seperti an-nisaa' ini..
Nusaibah r.a yang tidak malu berjihad menentang musuh
Asma' binti Abu bakar yang menghantar makanan kepada nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah
Rafidah Al-aslami yang merawat orang lelaki yang cedera di dalam peperangan
Khaulah yang menegur Khalifah Umar di khalayak ramai
Mereka menanggalkan malu yang menjadi pakaian mereka pada tempat yang sepatutnya kerana...
kerja-kerja menegakkan Islam melibatkan lelaki dan perempuan.
Firman Allah:
" Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh membuat kebaikan dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasulnya"
(At-taubah 71)
Kita mahu malu jadi pakaian kita.
Bukan menjadi pembantut kemajuan, tetapi perisai kearah kecemerlangan
membina syakhsiyah muslimah mukminah yang berjaya dunia akhirat.
P/S: Moge entry ni menjadi semangat untuk diri sendiri yang masih tak pandai lagi meletakkan malu di tempatnya. Akhir-akhir ini teruk betul kawalan sifat 'paisei' yang menebal bertepek tepek. :'( Sebab malu, akhirnya saya tak masuk kelas syeikh syaltut yang waktu tu perempuan satu pun tak datang. Sebab malu, saya tak dapat tanya soalan kat Syeikh Jamal sebab lelaki dah bertimbun2 melekat kat syeikh. -_-' Huu~ akhirnya, sedih sendiri. Melalak pun tak guna,kan. Duh.
No comments:
Post a Comment