May 23, 2010

Skin baru, yey!


No more ke-pink-pink-an. I guess, hitam suits me better.
Nampak lebih 'matang', lebih 'singa' dan lebih 'tak-kecoh'. =) Ghee. Harap harap lah rajin tukar skin, rajin juga meng-update. Amin.
Alhamdulillah, imtihan syafawiy untuk semester ini dah selesai. Allahul musta'an. Bagaimana natijahnya, serahkan saja pada DIA. DIA lah sebaik baik yang memberi :)


Walau sedang di 'pagar pertempuran peperiksaan' tergerak pula hati ni untuk menulis. Sekadar nak berkongsi picisan buah fikiran dari akal seorang jahil yang masih lagi jauh perjalanan pencarian ilmunya. -_-' menyebut kekurangan diri, 100 mukasurat belum tentu mencukupi. Huu


Awal subuh tadi, sewaktu sedang bersengkang mata menahan ngantuk, seseorang menghantar pesanan ringkas offline di msn.

katanya: " ana sedang marah ni, dari td ana kejut bangun kwn ana, taknak bangun subuh"


Hmm, satu masalah berat jika menghadapi orang yang tidak mahu bersolat. Lebih berat lagi jika orang yang tidak mahu bersolat itu seorang penuntut agama. Seorang yang satu hari nanti diharapkan menjadi pemimpin ummah.
Saya kelu nak berkata. To be exact, tak tahu nak memberi respon apa.


Sambungnya lagi" Ana tak tahu lah apa yang dorang fikir. Ana kalau bangun dah syuruk, dah gelabah semacam. Ni dari petang semalam tidur tak bangun-bangun dorang x rase pape ke?"


Saya diam lagi. Cuba menyusun kata. Bila berbicara soal agama, bukan perasaan yang perlu menjadi pemandunya sebab bisikan hati ini terlalu halus. Lebih halus dari sehelai rambut. Apabila berhadapan dengan masalah sebegini, yang perlu jaga sekali adalah hati. Takut takut, bila melihat orang dalam kelalaian, kita rasa 'tinggi', kita rasa 'hebat'. Kita tertanya tanya 'kenapa mereka tak fikir apa yang aku fikir' atau kita bising bising 'apa nak jadi dengan dorg' sampai kita lupa untuk melakukan sesuatu yang lebih muhim.

Menegur dan Berdoa.


Benci melihat sesuatu kemunkaran itu petanda awal menunjukkan seseorang itu beriman. Melihat kemunkaran dan menegurnya dengan hati itu menunjukkan selemah lemah Iman. Ramai yang tidak mahu menegur kerana takut jika yang ditegur itu membencinya. Sedikit pula yang memahami bahawa yang menegur itu boleh jadi orang yang akan membawanya ke syurga.
Mahu tidak mahu, takut ataupun tidak, apabila melihat kesalahan..segeralah kita perbetulkan. Dengan cara yang paling manis yang boleh kita berikan. Di samping itu juga, mahu tidak mahu, suka taupun tidak, apabila kita ditegur..terimalah seadanya. Kerana
teguran dari manusia directly adalah teguran dari Allah indirectly.


Masa kecil-kecil dulu, apabila saya melihat orang yang teruk pakaiannya, cakap juga bukan-bukan saya diajar supaya mendoakannya: Laala-LLAHU yahdee ilaihi/ha. (semoga Allah beri petunjuk kepadanya). Sehingga hari ini, apabila melihat keaiban orang di hadapan saya,lekas lekas hati berdoa memohon yang terbaik untuk saya dan dia.

Maksiat dan Syukur
Bila melihat maksiat di depan mata, hati sebal jiwa pun sedih. Lekas-lekas lidah basah bertahmid hamdalah memuji Allah. Rasa sungguh bersyukur kerana tidak tergolong dalam golongan yang belum merasai hidayah Allah. Namun, ana yang jahil ini perlu selalu beringat-ingat SYUKUR tak datang bersendiri. Ia datang dengan KHAUF (takut) dan RAJAA (harapan).

SYUKUR sendirian boleh membawa kepada ujub dan takbur.
Hanya dengan khauf dan rajaa saja yang membuat sesorang itu merasai 'izzah rububiyyah dan menyaksikan zillah ubudiyyah. Baru lah terasa 'bernafas dalam jiwa hamba'. :)


Andai ingin dilipat kata kata saya untuk diletakkan kemas kemas dalam kotak fikiran, cukuplah sekadar kita memahami makna 'kasih sayang bersaudara'. Kesilapan yang dilakukan seorang sahabat hanya lah satu 'peringatan' Allah buat kita. Bukan hak kita untuk menghukum, bukan hak kita untuk mengeji tetapi hak kita untuk menegur. Sayangkan isteri tinggal tinggalkan, sayangkan anak tangan tangankan..jadi, sayangkan kawan tegur tegurkan! =) *kalau sayangkan suami, ape yerhh...* huuuu


Dari pengamatan si kecik yang jahil ni, ada benda yang kita perlu 'jaga-jaga'. Hidup bersama manusia yang rambut sama hitam sepit rambut lain-lain (huu~) ,kita kena hati-hati. Sebab,
ada orang..
selalu bermanis muka di hadapan kita tetapi rupanya dia lah paling busuk kerana banyak sangat memakan bangkai manusia. *nameemah, gheebah*
ada pula orang..
selalu bising bising, omel omel, tegur sana tegur sini, kita menyampah..tapi dia sebenarnya nak yang terbaik untuk kita!


Elakkan jadi orang yang no satu tadi dan mohon supaya ditemukan dengan orang yang no 2!
Taribat yadaaaaak~


Mesej khaas untuk si jahil dan umuman untuk yang sudi membacanya. :)




p/s: Belajar Belajar Belajar! Belajar itu indah~ lalalalalala. Ya Allah mudahkan urusan kami,
Terangkan hati kami yerrr. Mohon doa!

No comments: