Diari: Surat cinta untuk jiwaku

Kembali lah hati pada fitrah suci.. nyalakan semula cahaya yang kian sirna..sembuhkan hati dari sakit yang membunuh.

Surat ini ku tujukan untuk diri sendiri yang ku mohon pada Allah supaya menyuburkan dalam hati diri ini cinta kepadaNya dan cinta kepada Rasul melebihi segala-galanya. Kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segala-galanya. Hanya dengan cinta itu dunia dapat ku genggam menjadikannya tempat penuaianku agar hasilnya dapat ku kutip di akhirat kelak.
Surat ini kutujukan buat jiwaku yang gundah gulana mencari hakikat sebuah ketenangan sedangkan aku tahu bahawa ketenangan hanya akan dirasakan jika hati dan jiwa dihambakan pada Pemilik Ketenangan. Jangan diletakkan ketenangan itu pada kesenangan dunia kerana dunia tidak menjanjikan apa-apa melainkan kepalsuan dan keseronokan yang sebentar cuma.
Surat ini kutujukan buat hati yang sering merungut bersungut sepanjang melaksanakan amanah Illahi. Mengapa mengadu penat dan lelah ketika menapak jalanNya sedangkan itu jalan yang hanya ditelusuri insan-insan pilihanNya. Oh, adakah dunia ini yang telah membutakan aku sehinggakan jalan yang benar nampak berliku, penuh dengan onak dan duri. Lantas jalan yang itu aku lepaskan memilih jalan mudah menuju kebinasaan. Nauzubillah. Sedarlah diri, tiada kepenatan, tiada kesakitan, tiada kesengsaraan yang dirasakan seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.
Surat ini kutujukan buat hati yang merindukan gelaran seorang srikandi. Mencari kekuatan diri untuk berdiri hebat menegakkan risalah suci. Namun hati masih lagi dikungkung alpa dan leka lalu impian terus menjadi impian. Tidak mahu kah dilaksanakan impian? Jangan biarkan impian esok menjadi hanya satu masa hadapan. Namun impian suci perlu menjadi realiti kehidupan hari ini. Bangkit dari tidurmu yang panjang. Dunia ini bukan selamanya kekal. Akhirat itu tempat abadi. Berbaloikah jika dijual akhirat untuk membeli dunia yang indah pada pandangan mata tetapi hakikatnya duri yang berbisa?
Surat ini kutujukan buat diri yang terasa lemah dan hina. Saat saudara di tendang terajang mengongoi kesakitan, aku di sini bergelak ketawa berjenaka tak kira masa. Tiada lagi bangunan utuh milik ummat Muhammad. Bila mata tidak memerlukan telinga. Bila mulut tidak memerlukan tangan. Bila kaki tidak memerlukan badan. Mana mungkin sempurnanya satu jasad! Begitulah ummat Islam sekarang. Sudah rasa sempurna walau hanya mampu berjalan.
Akhir sekali buat jiwa yang masih mampu melihat jalan pulang. Yang masih dapat membezakan intan dan kaca. Yang masih bercahaya walaupun sedikit. Jangan biar cahaya itu terus kelam. Hati yang bertompok-tompok hitam menjadi hijab pertemuan makhluk dengan khaliq. Takut dan malu lah jika wajah ini tidak mahu dilihat yang Maha melihat. Tidak disayangi yang Maha Penyayang dan tidak diampuni yang Maha pengampun.

" Ya Allah,tetapkan lah hati-hati kami pada agamaMu, pada suruhanMu dan pada jalan dakwahMu...",
Kembali lah hati pada fitrah suci.. nyalakan semula cahaya yang kian sirna..sembuhkan hati dari sakit yang membunuh.Ps: Entah kenapa akhir-akhir ni futur menjengah. Haizz... berdegar-degar laungkan semangat srikandi tapi baru ditimpa kesusahan sedikit sudah berterabur langkah kaki. -_-'

No comments:
Post a Comment