"masuklah (ke bumi) Mesir, InsyaAllah kamu akan berasa aman"
Bismillah wal hamdulillah!
Maa syaa Allahu kaana. Wa ma lam yasya' lam yakun.
Apa yang dikehendaki Allah, pasti akn terjadi. Apa yang tidak diizinkan, tentu sekali tidak akan berlaku sama sekali.
Rasa seperti baru tersedar dari tidur yang panjang. Bermimpi dapat gembira bersama ahli keluarga tersayang. Hidup tanpa sebarang tanggungjawab dan taklifan yang perlu dipikul. Hidup dalam dunia bayi, yang makan tidur makan tidur. Hanya sesekali keluar dari bumbung rumah untuk ke tempat2 yang memang berkeperluan untuk pergi. Selesai urusan, lekas-lekas masuk semula ke bawah tempurung.
Di sana, saya bukan lagi Singa, tetapi bertukar menjadi tikus. Yang lebih gemar menyorok dari berjalan-jalan di dunia terbuka!
Akhirnya kembali ke bumi Mesir!
Seawal 3 pagi mata sudah terbuka. Tak mahu tidur lagi. Mungkin masih terikut dengan masa Singapore. hehe. 3 pagi di sini dalam pukul 8 waktu sana. Waktu ibu kejut bangun sarapan sama sama dengan ayah. Bangun-bangun aje makan. :) Itu nikmat Allah berikan ibu solehah. Menyiapkan keperluan makanan suami dan anak. Hee.. Alhamdulillah :)
Di luar masih sunyi. Jalan raya Toriq Nasr 'tidur' lambat.Pukul 1 baru betul-betul dia tidur. Saya seperti orang kebingungan bila lihat jam. Subuh pukul berapa? Zohor? 'Asr? dah tiga tahun di sini, tapi masih tak faham faham. Haizz..
Bila jam menunjukkan pukul 4 lebih, saya kejut adik yang tidur setilam. Mungkin sempat untuknya bersolat dua rakaat sebelum azan subuh berkumandang. Adik terpisat-pisat bangun. "Dah subuh ke?" tanya dia. Entah. Dalam seminit dua, tiba-tiba terdengar sayup-sayup muazzin bertakbir, memanggil manusia menemui al-Khaliq. Cepat-cepat saya minta adik buka kan pintu balkoni. Saya mahu menikmati suara muazzin di subuh yang hening. Ketika itu, hati saya menjadi sayu. Berapa banyak pahala yang muazzin gendong setiap kali mereka azan. Suara mereka adalah wasilah al-Kholiq mengejutkan makhluk. Sudah sampai waktu si hamba bersujud penuh khusyu' dan tawadhu'.....
Adik buka selak pintu. Dari atas katil, kakak meyapa: " jangan lupa bace ya fattah....". Saya tersenyum. Teringat sang Ustaz memberi petua untuk dimurahkan rezeki. Ketika buka tingkap di waktu pagi, baca lah:
يا فتاح
يا رزاق
يا غني
يا مغني
Wahai yang maha pembuka (pintu rahmat), Wahai yang maha pemberi rezki, wahai yang maha kaya, wahai yang maha mengayakan.
Suara muazzin semakin jelas di pendengaran. Allah..Allah.. syahdunya. :'(
Saya berdiri di luar balkoni. Menghirup udara pagi yang segar. Saya tarik nafas dalam dalam. Ya Allah...Ya Allah... hati tidak henti-henti mengucap syukur kerana diizinkan kembali. "Shobahun Nur, ya misra!". Saya cakap kuat-kuat untuk bumi Mesir. Tapi tak terlalu kuat... nanti ganggu jiran pula! hehehe
Sekarang, singa sudah pulang ke gelanggang. Saya tidak boleh banyak bermain. Saya tidak boleh sepanjang hari berleka. Tiada masa untuk itu semua. Tempoh dua bulan di kota Singa benar-benar membuka mata saya. Buat saya tersentak dari dunia fantasi. Saya takut dengan realiti yang menggerunkan! kemodenan yang dikecapi masyarakat menagih seorang pendakwah 'moden' juga! 'moden' dalam penyampaian dakwah tapi fikrah masih yang sama! kembali kepada dua tradisi agung, al-Quran dan as-Sunnah. Allah..Allah.. asatizah perlu bijak mengintegrasikan ilmu wahyu dengan dunia hari ini. Tapi... mampukah saya. Perjuangan asatizah masa kini untuk kembalikan masyarakat kepada nafas Islam yang sebenar bukan pada semangat yang berkobar-kobar..... tapi dengan ilmu! Ya robbbb... :'(
Di manakah sayaaaaa...??
Takut! ya, sangat takut! Pertemuan kami dengan seseorang pada petang itu bermain-main di ruangan mata. Nafas semakin sesak. Bahu terasa berat. " Di depan saya ini la.......". Suara itu masih lagi terngiang-ngiang.
No comments:
Post a Comment