Mar 14, 2010


Peace be upon you







Kita jalan jalan.

Dari jauh sudah kelihatan orang pakai tudung.

Hati kita tanya. : aku kenal ke tak eh orang ni?

Semakin hampir si dia yang memakai tudung dan apabila berselisih dengannya, kita katakan,

"oh, aku tak kenal."


Kita jalan jalan lagi.

Dari jauh kita nampak makcik makcik.

Makcik makcik melayu ISLAM.

Mata kita bertembung. Kita lemparkan senyum. Dan kita berlalu pergi.


Kita teruskan perjalanan.

Dari jauh kita melambai-lambai.

Kali ini, memang yang memakai tudung itu, kawan kita.

Bila semakin hampir, kita katakan: "Hi! buat apa kat sini?"


Kita sudah nak sampai rumah.

Kita naik tangga. Kita selisih dengan seorang atuk tua.

Kita tunduk segan. Berlalu dalam sepi.

Dah aku tak kenal?


Sehingga kita lupa.


Pada kata kata cinta. Seorang saudara kepada saudara seIslamnya.


Apabila berjumpa saudara seIslam, kita diajar supaya mengucapkan:


ASSALAMUALAIKUM.


Pada orang yang kita kenal. Ataupun pada mereka yang tak pernah kita kenal.


Bukan kah Sayyidunal habib berpesan,


لا تدخلوا الجنة حتى تؤمنوا, ولا تؤمنوا حتى تحابوا ألا أدلكم على ما تحابون به؟ قالوا بلى يا رسول الله! قال أفشوا السلام بينكم


" kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehingga kamu sayang menyayangi. Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan bagaimana untuk saling kamu sayang menyayangi? Mereka berkata: Mahu ya Rasulallah!. Sabda Baginda:

sebarkanlah salam diantara kamu.


Mungkin kita tak tahu. Atau mungkin kita terlupa. Memberi salam itu satu doa'.

Apabila seseorang memberi salam, seseorang yang lain akan menjawabnya. Di sini, kita saling mendoakan sesama kita.


Ayu kata: " Selamat sejahtera keatas kamu.

Anja pun jawab: " Selamat sejahtera keatas kamu juga."


Orang Yahudi sangat mencemburui orang Islam. Tetapi yang paling mereka cemburu pada kita adalah: pada as-salaam dan at-ta'meen.




memberi salam dengan:


Assalamualaikum diberi 10 ganjaran kebaikan

Assalamualaikum warahmatullah diberi 20 ganjaran kebaikan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh diberi 30 ganjaran kebaikan.


(al-hadis: Sohih Muslim)


Nak yang mana? awak tentukan ya :)



Jangan lokek mendoakan saudara kita.

Sebab doa yang kita beri padanya, Allah beri kita dahulu.


Assalamualaikum.

=)




No comments: