Mar 17, 2010


Kita di mana?


Hati terikut sibuk dengan kesibukan dunia.



Bismillah. Assalamualaikum :)


Semoga semua dalam keadaan baik-baik belaka. Jangan lupa mengucap syukur dikurniakan hidup sebagai orang yang beriman kepada akhirat. Alhamdulillah. :)


Sewaktu menghadiri pengajian di Jami' Azhar petang tadi, saya ada membawa pulang satu mutiara kata sebagai 'lampu suluh' untuk diri alfaqeer ni. . :)


Kata Syeikh Ali Jum'ah:


الذي يؤمن بالأخرة لايرى شيئا إلا الله


Orang yang beriman kepada akhirat tidak nampak apa apa di hadapannya melainkan Allah


Jika kita inginkan akhirat, sudah tentu setiap amalan dan perbuatan yang dilakukan, kita jadikan Allah sebagai matlamat. Tidak lagi terlalu sibuk dengan urusan dunia. Sebaliknya pula, apabila dunia yang dipilih, yang memandu hidup bukan lagi fitrah suci insaniy tetapi dipandu hawa nafsu yang melulu. Sebab itu Imam al-Busairiy dalam madaih beliau mengatakan:


وخالف النفس والشيطان واعصهما


Berselisih lah dengan nafsu dan syaitan, dan ingkari lah mereka


Nafsu manusia biasa seperti saya, masih lagi condong kepada keseronokan duniawiy dan kemewahan yang dipamerkan. Dunia masih lagi di hati sedangkan itu bukan tempatnya. Teringat saya pada kata kata seorang syeikh ketika menghadiri pengajian kitab Tasawwuf bersamanya.


Manusia ada dua golongan. Satu golongan manusia yang dia ikut kata nafsu. Satu golongan lagi yang dia perlu bantah kata nafsu.


Golongan yang bantah kata nafsu itu seperti yang telah saya katakan tadi. :) Dia perlu membantah kata nafsunya kerana ia hanya membawa kerugian. Sebab yang diinginkan nafsu itu adalah keseronokan sahaja


Golongan yang ikut kata nafsu ini lah yang kita inginkan.


Golongan manusia jenis ini, tidak perlu membantah kata nafsunya diatas alasan bahawa nafsunya itu sudah seluruhnya tertumpah kepada Sang Pencipta. Justeru, golongan yang sudah mencapai maqam tinggi di sisi Allah ini, tidak perlu khilaf dengan nafsunya...sebaliknya, biar sahaja hatinya mengikut rentak nafsu yang telah terpandu dengan Cinta Tuhannya. Inilah yang kita katakan, mahya wa maati lillahi rabbil alamin. Hidup dan mati hanya untuk tuhan.


Firman Allah:


ونفس و ما سواها فألهمها فجورها و تقواها قد أفلح من زكاها وقد خاب من دساها


demi jiwa serta penyempurnaannya. maka dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaan. sungguh beruntung orang yang menyucikannya. dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.


In a nutshell, nafsu dalam diri perlu dididik. Sebab itu adanya kalimah MUJAHADAH. Mujahadah dalam melawan nafsu. ;) Ianya bukan satu perkara yang mudah. Perlukan pengorbanan. Tetapi buat mereka yang melihat akhirat,ianya jadi mudah. Sebab, dunia bukan pilihannya.


Semoga kita semua dikurniakan nafsu mardhiyah yang sentiasa diredhai Allah. InsyAllah :)

No comments: