Mar 25, 2010

Ana altofunnisaa'
Assalamualaikum..
Keif hal..?? huu~ lama nya saya tak update blog ini -_-'


Bismillah, Alhamdulillah. Puji dan tahmid saya sembahkan kepada pemilik Dunia dan seisinya, langit dan ahlinya yang telah memberi izin untuk saya hidup sehari lagi di dunia ni. =)
Sekarang jam dah pun menunjukkan pukul 1 00 am. Sebenarnya mata memang sudah memanggil manggil meminta haknya. Battery badan saya berbaki 6% sahaja. Tapi nak TULIS juga.



Alhamdulillah, hari ni masuk hari kedua lajnah kerohanian melangsungkan program Tafaqquh fid Deen. Kali ini kami menjemput Syeikh Asyraf dan Syeikh Atiyyah sebagai mu'allim untuk membincangkan maddah Tasawwuf.
Sewaktu belajar di bangku sekolah dulu, seringkali perkataan SESAT menjadi hidangan telinga kami. Al-Imam Ibn 'Arabiy: SESAT. Tarekat: SESAT. Dan macam macam lagi lah dilabel sesat. Dengan ilmu yang sangat sedikit lagi cetek (kecetekannya sampai tahap itik nak berenang pun tak boleh), saya hanya mendengar dan menerima setiap patah perkataan itu. Saya tidak bermaksud hendak mengata guru saya. Sebesar habuk pun tidak. Cuma, di sini saya lihat mengapa kita harus mengambil ilmu dari ahlinya :) Sungguhpun begitu, guru saya tetap guru saya. Ilmunya tetap lebih banyak dari saya. Saya berkewajipan untuk menghormatinya. Tetapi, berbeza pendapat, bukan satu kesalahan..betul?


Dunia Tasawwuf acapkali di pandang serong oleh sesetengah golongan. Katanya, mana ada Ilmu tasawwuf di zaman Rasul. Ianya ilmu direka-reka. Ilmu sesat lagi menyesatkan. Apabila mendengar perkataan sufiy, hati jadi panas.
Setahun yang lepas, terjadi satu perbualan antara saya dan 3 orang kawan arab mutanaqqibah yang multazmah biddin. Ianya terjadi hanya kerana kitab khulasah yang terdapat di Bag saya.
"


Nur...bita' min dah
?"Tanya mereka. Saya jawab, ini saya punya. Jawapan saya, sudah pasti menimbulkan rasa jelek di hati mereka. Peduli apa! Saya tak rasa ada keperluan untuk menyembunyikan hal sebenar. Dengan segala keyakinan yang ada, lagak seorang paderi, katanya: "Nur, aku inginkan syurga untuk kau. Dan aku takutkan azab neraka menimpa kau nanti." Agak terkejut dengan kenyataan yang dilemparkan, saya mengerutkan dahi, hendak protes! "hazihi kullu bid'ah.. laa nasso fil kitab was sunnah..laa taqraa' hazal kitab". Senang benar menghukum orang. Di bag saya bukan buku lagha. Bukan buku novel cinta beruk. Bukan majalah porno. Di bag adalah sebuah kitab kecil yang mengandungi ayat ayat al-quran. Mengandungi awrad para masyayikh awliyauLLAH. Akal mana yang boleh menerima jika membaca kata kata Tuhan itu akan dimasukkan NERAKA?



Teman teman, jangan cepat melatah. Jangan cepat menghukum. Jangan berlagak pandai apabila baru membaca 20 buah kitab jika sejam pun tak pernah duduk bersila di hadapan masyayikh.
Ilmu tak diambil dari kitab. Ia dicedok dari sudurir rijaal.


Hmm..hairan. Memang hairan. Bukan dunia kalau tidak menghairankan.


Apa apa pun, Alhamdulillah. Syukur kerana Allah beri saya peluang untuk mendidik jiwa ni dengan bimbingan alim sufiy. Bukan sahaja bilqaul tetapi bilhal. JIka kamu seorang pelajar, Jika kamu mempunyai guru, bertalaqqi lah dengan mereka...bukan hanya pada helaian helaian kertas yang kamu baca bersamanya..tetapi bertalaqqi ADAB bersama mereka. Hanya orang yang berADAB sahaja mampu menyampaikan ADAB.


hmm..mata saya semakin kecil. Jari semakin layu. Pinggang masih sengal sengal. tsk tsk.. mungkin hari ni terlalu banyak duduk since sehari suntuk ada kelas. Malu na kat sahabat sahabat Rasul . Badan dan nyawa tergadai di medan perang..di tangan senjata di depan musuh. Yang saya ni, baru kaki dan pinggang lenguh2, dah banyak bunyi. Uwaaaa~ Tuhan, kuatkan saya!!!!



*Cuba cari persamaan saya dan ana altofunnisaa"
huhuhu~ takyah nak tahan tahan k. Kalau nak muntah, tafaddaluuuuuu~ =)

No comments: