Apr 3, 2010

*omelan Nur*






Salam dari alam cyber kpd penghuni realiti dunia :)


Huu~ Alhamdulillah, Allah masih lagi beri nur singa peluang untuk hidup di dunia ini. Untuk terus merasai nikmat Iman, Islam dan Ilmu yang sentiasa hadir menemani setiap denyutan nadi. Alhamdulillah! Tsabbit qalbiy alaa diinik, ya rabb.


huu~ akhir akhir ini, kesibukan melanda lagi~ sibuk dengan kuliyah, tusyen, dars dan juga program persatuan. Semua datang bukan SILIH BERGANTI. Tapi datang BERTUBI TUBI. Nak membebel dan meleter atas tugas yang bertimbun, memang sungguh tak mendatangkan manfaat langsung. Perlahan lahan dalam melaksanakan tugas. InsyaAllah, satu persatu akan selesai. Najdah ya rabb!


Semalam nur singa ada mesyuarat bersama ahli lajnah Kerohanian. Dari pagi hingga petang. -_-' memegang unit yang berunsur 'ruhaniy' memerlukan kesabaran yang tinggi. Perlu sentiasa tasamuh dan bertolak ansur dengan citarasa ahli. Pendekatan da'wah atau kita katakan islah yang diambil perlu dengan langkah yang bijak. Setiap kali menyusun program, habis keringat memerah idea yang best2 dan menarik2 untuk ambil perhatian ahli. Menegur nak kena dengan caranya. Seperti menarik rambut di dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak kecah. Kadang kadang rasanya seperti sedang bermuamalah dengan orang luar sedangkan mereka teman seangkatan yang memegang bendera serupa.


Jika program tidak mendapat sambutan, maka berlakulah perang hati dalam diri nur ni. Berperang dengan diri sendiri. Berperang untuk HUSNUZ ZHON. Mungkin mereka ada kuliyah. Mungkin mereka ada tugas yang perlu diselesaikan. Mungkin mereka sakit. Dan kemungkinan kemungkinan lainnya yang nur takkan terfikir pun. (Exclude: kemungkinan mereka malas). Seribu alasan yang mana satu jawapannya nur tidak tahu sampai sekarang.


Jenuh, penat. Tapi kata-kata ketua lajnah semalam membawa kebenaran yang nur akui. " Mereka tak biasa dengan biah yang baik. Tak semua datang dari keluarga yang islamik. Ada datang dari keluarga yang biasa biasa aja. Kita yang berada di sini perlu banyak bersabar. Kalaupun tak ada orang yang datang program kita, tak apa. kita lihat pada kualiti. Bukan pada kuantiti"


Benar, perlu banyak bersabar. Dalam mendidik jiwa tak seperti masak popcorn. Sekejap je dah kembang. Mendidik seperti menanam bunga. Benih yang ditanam tak mengembangkan bunga dalam masa satu hari. Ia perlu disirami air, dibajai dan didedahkan kepada sinaran matahari untuk tumbuh mekar mengharum. Siapa lah diri yang masih faqeer dan haqeer ni nak membebel dan mengomel. Tahu diri siket,nur~


Nur bukan yang paling layak untuk duduk di kerusi lajnah kerohanian. Nur bukan yang paling bagus untuk duduk membincangkan masalah akhlak dan hati kawan kawan. Nur bukan yang paling baik untuk menegur. Tetapi Allah letakkan nur di lajnah ni untuk mendidik nur. Nak orang jadi baik, nur perlu terlebih dulu perlu jadi baik. Jangan berdegar-degar laungkan amr ma'ruf nahi munkan sedangkan diri sendiri masih tersasar tak berhaluan. Allah beri nur kesempatan untuk sentiasa beringat sebelum mengingatkan.


nur juga tak sempurna.

Perlukan teguran bila tersalah.

Perlukan tunjuk ajar bila tersasar.


Hmm..semakin meningkat tua ni, semakin bertepu kepala otak ni dengan perkara perkara yang menuntut dedikasi dan kematangan. huuu~ anak ibu dah kena matang!! Tak boleh ke selamanya jadi anak kecil yang makan tidur main. Laital yaum yauu'd...!


Hari ini, ada SATU tugas lagi yang perlu diselesaikan. Saya perlu menunaikan hak seseorang :)


Doakn kami selalu!



No comments: