Macam kena tampar

Assalamualaikum semua :) moga moga antum semua dalam keadaan sihat walafiyat dan sentiasa hidup dalam nikmat Islam dan Iman, Amin.
Sudah lama saya tidak menulis. Hampir sebulan. Untuk post kali ini, biar saya start enjin dulu ya. Cuba-cuba mengembalikan mood menulis. Bukan apa, diri dah mula manja. Sekarang ni dah seronok menerima, nak memberi tidak larat rasanya.
Seorang da'i tidak boleh begitu k, apabila sudah menerima, ia perlu memberi supaya ilmunya menjadi matang. Jangan lupa pesan Rasul,
Sebaik baik manusia adalah yang mendatangkan manfaat pada orang lain :)
Saya sedang pening kepala.
Ada hantu sering ganggu hidup saya. HANTU PROCRASTINATION. Hah! Hantu yang paling bahaya~
Pening. Pening. Pening.
Tazkirah yang sepatutnya saya siapkan seminggu yang lepas belum lagi tersiap siap. Bukan saya tak cuba! Bukan saya tak usaha. Saya dah buat! Tapi bila setengah jalan, saya simpan dalam dokumen. Tak sesuai sana. Tak sesuai sini. Akhirnya, sampai sekarang masih belum siap!
Hah, tadi..baru je kena tampar, kata seorang kakak:
"adilah, jangan merepek lah. Pergi siapkan! Awak yang selalu pergi dars tak boleh nak beri tazkirah"
Memang tamparan abis ni! Berpijar hati ni. Malu ada. Paisei ada. Sighan ada. Semua semuanya lah.
Betul ke saya tak mampu nak beri tazkirah? sia sia saja lah ya, pergi dars ulang alik, tapi tak mampu nak memberi. Hm..
Perlahan-Perlahan. Beri saya waktu. Saya perlu waktu untuk meyakinkan bahawa saya punya ilmu. Walaupun ianya tak seberapa. Beri saya waktu untuk saya mengatasi rasa takut untuk menulis tentang ilmu agama. Saya tidak mahu apabila menulis, saya tidak peka dengan pengisian saya sehinggakan saya menulis sesuatu yang bercanggahan dengan kenyataan yang sebenar.
Setiap butir perkataan saya adalah amanah.
Beri saya waktu.
No comments:
Post a Comment