a n a k p e r e m p u a n

BismliLLAH.
Kaifal haal, readers! Atamanna lakum bidawamis sihhah wal afiyah, ruuhiyyan wa jasmaniyyan InsyaAllah!
Hari ini, selepas menghadiri kelas Syeikh Nuruddin, saya rasa terpanggil untuk menulis tentang a n a k p e r e m p u a n.
Ibu ayah saya punya empat orang anak perempuan.
" bagus nya yah...anak kau empat empat perempuan..." " wah, dah besar anak dara anak dara kau.. senang lah kau.."
Dan macam macam lagi komen yang sahabat sahabat ibu atau orang luar kata bila dapat tahu ibu ada empat orang anak dara. Setiap kali itu jugalah, ibu akan tersenyum dan melirikkan matanya kearah kami...."aah..senang." Jawab ibu dengan makna yang tersirat.
Zaman Jahiliyyah dahulu, anak perempuan ditanam hidup hidup. Malu sungguh apabila yang dilahirkan itu seorang bayi perempuan. Lain pula halnya dengan bayi lelaki. Kelahiran mereka disambut keriangan, penuh kebanggan. Mereka itulah pemyambung keturunan!
Alahai~ sungguh terhina rupanya seorang perempuan!
Namun, tak lama selepas zaman itu, bangkit seorang Rasul yang terpuji. Pembawa rahmat seluruh alam. Baginda berjuang untuk meletakkan wanita pada tempat yang tinggi sekaligus menghapuskan segala bentuk kezaliman manusia terhadap wanita yang lemah.
Tiada lagi wanita seperti wanita di zaman Greek di mana mereka dikurung di rumah, tidak diberi peluang langsung untuk belajar dan dihina serta dianggap khadam yang najis.
Tiada lagi wanita seperti wanita di zaman Rumawi di mana wanitanya dijual sesuka hati dianggap seperti patung yang tidak bernyawa!
Yang ada hari ini hanya lah wanita yang Allah letakkan mereka di taraf yang sewajarnya. Mereka mendapat hak dan status sesuai dengan fitrah penciptaannya. Bukan lagi di tempat kedua sebagai pengikut kaum lelaki sahaja.
Ini lah keadilan Islam..Inilah yang didukung Islam.
=)
Sebenarnya, entry post ini saya ingin tujukan kepada ibu dan ayah saya. Saya tahu, ayah dan ibu tak pernah rasa terkilan kerana tidak dianugerahkan anak lelaki. Saya yakin kehadiran kami adik beradik sudah cukup menggembirakan hati ayah dan ibu.
Lagi lagi bila anak anaknya manis manis, penyejuk mata, rajin rajin..huuu~
Tapi, suka rasanya untuk saya berkongsi dengan ayah dan ibu sebuah hadis yang saya pelajari sewaktu di kelas tadi.
قال الرسول صلى الله عليه وسلم:
من كان له ثلاث بنات, و صبر عليهن, وكساهن من جدته كن له حجابا من النار
RasululluLLAH saLLAHUalaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang baginya 3 orang anak perempuan, lalu dia bersabar dengan mereka, dan melengkapi mereka dengan harta yang dimiliki, mereka itu adalah perisai bagi mereka dari api neraka.
Dalam hadis lain ada menyebut 2 orang anak. Diambil dari kitab Al-Adabul Mufrad oleh Imam Bukhariy.
Setelah ayah ibu menyara kami dengan segala kemampuan yang ada, melengkapkan diri diri kami dengan hidup berlandaskan syariat Islam, mendidik kami dengan alQuran dan as Sunnah, InsyaAllah...semoga segala yang ayah ibu lakukan ini Allah balas dengan syurgaNya. :) Amin Ya rabb!
Ayah pernah kata pada saya: "walaupun anak anak ayah semua perempuan dan tak boleh jadi imam, ayah yakin cucu cucu ayah dari zuriat zuriat korang nanti yang akan jadi imam"
Dan setiap kali dengar ayah kata begitu, saya hanya meng-Amin-kan doa ayah. Harapan ayah tinggi untuk melihat generasi penyambungnya menjadi insan pembimbing ummah yang semakin hari semakin hilang tujuan dan pedoman.
Untuk menjadi pembimbing harus dahulu dibimbing.
Untuk melahirkan pemimpin terlebih dahulu perlu belajar untuk memimpin.
Semua itu perlu bermula sekarang. :)
Last but not least, dedikasi untuk diri sendiri:
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Engkaulah wanita istimewa (erkk...) huhu~
No comments:
Post a Comment