Majlis Khatam Kitab
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil alamin
Allahumma Solli alaa Sayyidina wa habibina wa qurrati ainina Sayyidina Muhammad wa alaa alihi wa sohbihi wa sallim.

=)
Semalam, tanggal 1 Feb 2010 menyaksikan satu lagi peristiwa besar yang berlaku dalam hidup al-faqeer. Ia adalah kisah baru yang tak pernah al-faqeer rasa sebelum ini.
Setelah dekat setahun lebih mengaji kitab Sohih Muslim yang dikarang oleh Imam Muslim Ibn Hajjaj bersama guru yang disayangi Syeikh Iwadh, akhirnya kitab tersebut dikhatamkan semalam bertempat di sebuah masjid berdekatan dengan tempat bersemadinya Awliya' dan ulama uLLAH.; Imam Asyhab (sohib Imam Malik), Imam Tilimsani dan seorang lagi Imam. (alfaqeer terlupa!)
Suasana yang sangat menyntuh hati al-faqeer. Rasa seakan akan sedang bertalaqqi dengan Imam pula. Keadaan sedikit sayu apabila jauh dari hiruk pikuk 'kota' yang membisingkan. Sepanjang bertalaqqi kami disajikan dengan bunyi bunyi alam semula jadi- kicauan burung burung yang tak henti henti. ( mereka sedang berzikir, mungkin juga..sedang mendoakan para penuntut ilmu Allah )
Al-faqeer agak terkilan kerana meskipun cuba sedaya upaya untuk menghadiri kelas pengajian ini, ada masanya kelas ini terpaksa ditinggalkan atas sebab sebab yang sangat dorurat. Tambahan pula, pengajian dijalankan waktu soifi lepas sedangkan al-faqeer pulang ke tanahair. Hmm... takpe, yang penting, apa yang dapat itu, diambil iktibar,
Seringkali jika ada majlis2 talaqqi begini, seorang kakak akan sentiasa mengingatkan;
"Ingat, niat talaqqi untuk tahu hadis nabi dan niat untuk mengamalkannya."
Ye... Niat untuk mengamalkan apa yang sudah dipelajari. Niat untuk mengikut SUNNAH dan JALAN yang dibentangkan kekasihNya dan kekasih KAMI. Ya Allah! tuntuni kami dalam mengikut JALAN yang engkau redhai...
Kadang kadang, dalam menelusuri jalan INI, tak selalunya saya di atas.
Selalu juga saya lalai dan terleka dengan dunia. Hmmmm
Ya Allah, ultuf bina..maafkan kelalaian dan kelekaan saya ye...
Semoga hari hari yang mendatang terus menyaksikan kehidupan seorang alfaqeer yang tak penat menuntut ilmu milik Nya. Janganlah hari hari yang mendatang melihat semangat seorang alfaqeer layu dimamah hari dan akhirnya tersungkur ke bumi.
Quwwah ya Rabb!
*PS: yeay! di Mansoura sekarang. Musafir: melihat dan bertadabbur! Salah satu bentuk tilawah kebesaran Allah~ =)
No comments:
Post a Comment