Feb 8, 2010

Balas dendam




-_-'




Lepas exam makin penat rupanya. =) Penat dengan kerja kerja balas dendam yang tak boleh buat waktu imtihan dulu. Huhu~




Alhamdulillah, syukur rasanya sebab diberi peluang untuk terus hidup dan bernafas di muka bumi Allah ini. Saya diberi satu lagi peluang untuk merasai 'nikmat'nya rehlah ke pesta buku. Yippee~ So lets sing: Thank you Allah~ *ikut raihan* hihi

Alhamdulillah. Saya sudah memiliki kitab Tafsir Imam Al-Jailani, kitab tafsir terunggul dan pertama dari silsilah Imam Abdul Qadeer Al-Jailani yang telah dikumpulkan oleh cucunya Syeikh Fadil al-hasaniy. Selama 2 hari berturut turut saya menghadiri 'muhadarah' nya yang membincangkan manhaj atau proses yang diambil selama menghasilkan kitab ini. :)

Saya juga sudah memiliki kitab Mughnil Muhtaj syarah kepada MinhajutTolibin oleh Imam an-Nawawi. Saya nantikan 2 bulan untuk beli kitab ni. Phew~ *kesat peluh*

Paling best, saya dah beli Kitab Syarhul hikam maal futuhat ilahiyyah oleh Imam albanna asy syarqustiy. Nanti Rabu ni kalau jumpa syeikh, nak bilang lah dahde buku! =) weew~

so...


=)




hmmm..lama dah tak update. Jadi entry kali ni saya nak update untuk yang lepas-lepas. Buat tatapan cucu cucu ku....lihat lah perjalanan nenek mu di bumi Anbiya' ini. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk jadi sempadan..ye cu~huhu




Bismillah.




Kawan kawan pernah rasa 'bertuah' tak?




Saya yakin, semua orang pernah merasakan detik yang dia rasa dia 'bertuah' sebab Allah Maha Pemurah dan Maha Adil. Tentu sekali setiap manusia diberi peluang untuk merasai nikmat ini. Tidak kiralah, zohiriyah atau maknawiyyah.. sedikit atau banyak. Pasti nikmat Allah sentiasa melimpahi diri setiap hamba. :)




Saya tak minum felix felicis. which is also called as 'liquid luck seperti dalam cerita Harry Potter. Saya juga tak memerlukan fairy godmother untuk rasa 'bertuah' seperti dalam cerita Cinderella.


Saya hanya perlu YAKIN sahaja dengan Tuhan untuk dapatkan apa yang saya inginkan.




Malam itu, saya rasa bertuah sebab saya dapat berjumpa Syeikh Mohanna secara peribadi. Saya dan rakan rakan.




Seorang Syeikh yang membuatkan hati saya sayu mendudu dudu apabila bersamaNya. Melihat peribadinya terdidik jiwa untuk seketika. Air mata pun asek nak tumpah aja.




Alhamdulillah, soalan yang ditanya, Syeikh jawab dengan penuh kesabaran dan kelembutan.


Apabila kami meminta doanya, syeikh segera mengangkat tangan mendoakan kami beserta anak anak Islam yang lain. Sungguh touching..tsk tsk
Syeikh Mohanna, syeikh murabbi

Syeikh kata: Seorang murabbi itu mendidik dengan akhlaknya.

Sangat tepat.

التربية بالحال قبل المقال

Pendidikan itu bermula dari perbuatan sebelum percakapan.

Berapa banyak kali kita dengar jawapan dari orang ramai apabila dinasihatkan:

" Jaga tepi kain orang, tepi kain sendiri taknak jaga. Tergeleb gelebeh"

ataupun:

" paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih"

ataupun:

" hek eleh~ kuman dekat geylang nampak, gajah depan mata tak nampak"

dan bla bla bla..

semuanya TAKNAK dengar nasihat dan TAK BOLEH TERIMA masihat apabila yang menasihat tidak buat apa yang dinasihatkan.

Justeru itu: Qaedah amr ma'ruf dan nahi mungkar harus selari dan selaras dengan perbuatan dan akhlak kita supaya kita dapat memberi kebaikan pada diri kita sendiri dan membawa kebaikan pada orang lain.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan manusia yang memimpin manusia dengan akhlaknya dan perbuatannya. Bukan yang hanya pandai bermain kata sahaja. Amin.

المؤمن قليل الكلام كثير العمل والمنافق كثير الكلام قليل العمل

Orang beriman itu sedikit cakapnya dan banyak amalannya. Manakala orang munafik itu banyak cakapnya dan sedikit pula amalannya.

Nauzubillah

Last but not least~

اعلان الدرس

يوم الأربعاء بعد صلاة المغرب

كتاب إيقاظ الهمم في شرح الحكم لابن عطاء السكندري مع الفتوحات الإلهية في شرح المباحث الأصلية لابن السرقسطي

مع فضيلة الشيخ مهانا

No comments: