Feb 14, 2010


Buah tangan dari Mansoura



Assalamualaikum semua! Selamat datang ke Teratak Iman yang penuh dengan kekurangan ini. :) Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entry post saya tanpa jemu -_-'


Arigato!


Alhamdulillah.. sudah selamat sampai ke Kaherah lebih kurang jam 12 malam semalam. Perjalanan yang meletihkan tetapi....jalan malam sungguh menyeronokkan! Dengan lampu lap lip nya, dengan keindahan Nil yang bercahaya.. SubhanaLLAH! Maha suci Allah yang telah menjadikan keindahan ini~


Okey.


Sempena kepulangan percutian kali ini, Iman bawa pulang satu INSPIRASI. jeng jeng jeng..

Cemburu melihat Mas Azzam buka bisnes dengan jualan Tempe.

Cemburu melihat Beit Nabil buka bisnes dengan jualan Air soya.


Iman juga ingin buka bisnes!!

Bukan kah Nabi kita Muhammad SollaLLAHU alaihi wasallam juga ahli perniagaan yang berjaya?



Memandangkan ini kali pertama saya terjun ke bidang perniagaan, saya mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang saya minati. Sebab, jika sesuatu pekerjaan itu dilakukan dengan minat, InsyaAllah much effort will be put on to. Jadi taklah melakukan sesuatu bagai melepaskan batuk di tangga...ye tak?


Pasti semua tak sabar nak tahu bidang bisnes saya kan...? huhu~


Saya nak buka Bisnes 'kecantikan' yang dinamakan SENTUHAN IMAN.


Siapa kata kita tak perlu kelihatan cantik?

Siapa kata kita tak boleh menggunakan peralatan solek?


Sebenarnya...kita PERLU cantik dan BOLEH bersolek!


Tetapi...mesti kena pada tempatnya!


Untuk akhawat yang low-profile, tentu sekali tidak memakai barang solekan ketika keluar rumah. Itulah yang sewajarya :) supaya diri tak dihinggap dengan mata mata liar yang membinasakan. Sekadar memakai bedak Johnson pun tak apa. Kerana wanita dinilai cantik dari akhlaknya.


Justeru itu, saya ingin memberi peluang para akhawat untuk merasai wajah 'berwarna-warni' hanya di DALAM RUMAH sahaja. Orang kata, cantik untuk diri sendiri. Hihihi


Okey..okey..anda mula tertanya tanya tentang background saya dalam bidang cosmetic bukan?

Sebenarnya saya tidak mengikuti mana mana kursus khas dalam bidang ni, tapi..saya ada belajar secara persendirian melalui Youtube dan juga teman teman yang ahli dalam bidang ini. Yang utama sekali, LATIHAN. Practice makes perfect! So, jangan takut...saya dah banyak buat latihan pada wajah wajah yang semangat menyokong saya!


Arigato~

Barang barang solekan Iman...hadiah pemberian teman ada pinjam.

*nanti bisnes dah prosper,InsyaAllah..boleh upgrade*

Bila bila masa sahaja jika anda ingin kelihatan cantik, hubungi saya melalu email:


Jikalau saya berkelapangan, InsyaAllah saya akan hadirkan diri. Ini hanya bisnes SAMBILAN dan KECIL KECILAN. Selagi saya mampu, saya akan menunaikan permintaan customer. InsyaAllah.


Terbuka pada sesiapa yang berada di Mesir. Yang masih gadis trang trang trang ataupun yang telah bernikah. ( Bagi yang sudah bernikah akan dapat diskaun kerana cantik untuk suami kan dapat pahala..boleh saya tumpang pahalanya. huhu )


Bayaran: Untuk pecubaan, saya beri PERCUMA. Tetapi untuk solekan selanjutnya, saya akan mengeCAJ 5 geneh sejam. (mind u, i makeup kan u tk smpai 20 minit k!)

Tapi...hasilnya InsyaAllah memuaskan.


Bagaimana bentuk makeup? style gothic atau style candy atau style pergi kerja..anda pilih! Saya mengamalkan sistem freedom of choice! Sami'tu wa makeup-tu. :)


Jadi...Tunggu apalagi?! Jadilah pelanggan pertama SENTUHAN IMAN. Yang mengasyikkan dan yang memuaskan.


=)


Kelihatan cantik, idaman setiap muslimah.


Terima Kasih. Sokongan anda tangga kejayaan saya.


Ps: Afwan,saya tidak meletakkan gambar akhawat yang telah disolek untuk menjaga 'keindahannya' dari yang tidak layak untuk melihatnya. Sebab...wanita solehah tidak menunjuk nunjukkan keindahannya pada orang sembarangan. Wanita yang baik, seperti mutiara di sebuah kotak. Tersimpan kukuh dan tak tercemar~ :) Itulah wanita yang Nabi sifatkan sebagai perhiasan dunia yang paling mempesonakan!

No comments: