Sep 6, 2009

Sakit Yang Ku Rasa Moga Jadi Penawar Dosaku

Bismillahir Rahminr Rahim

Allahumma Solli wa Sallim wa Barik alaihi wa alaa alihi wa sohbih


Allahumma isyfiniy ya rabb!
Sejak semalam lagi gigi (wisdom tooth) saya minta ditumbuhkan cepat. Sakit sangat rasanya!
Payah nak tersenyum tatkala ditimpa sakit sebegini rupa. Solat pun tak mampu nak bertahan lama.

Aduh! bezanya dengan para sahabat...
Solat lah tempat mereka 'ghaib' dari segala kesakitan atau segala urusan dunia lantaran khusyuk nya meereka bertemu sang Pencipta. Sehingga dikatakan waktu solat lah anak panah yang trpacak di jasad mereka kerana serangan musuh dicabut. Mereka fana' dgn sang Kekasih.

Bezanya dengan orang-orang soleh manusia pilihan Allah, di mana kesakitan yang Allah beri dianggap satu anugerah!

Saya baru mengalami kesakitan sebegini sudah lemah satu badan.
Tak henti mengaduh dan merintih. Lemahnya saya! Ya Allah.. seandainya sakit ini kaffarah dosa2 saya, beri saya bukan SECEBIS kekuatan tetapi SEGUNUNG kekuatan dan kesabaran.

Saya cuba redha.. saya cuba tahan.. :'(

No comments: