Ramadhan Kareem
Bismillahir Rahmanir Rahim
Allahumma Solli Wa Sallim Wa Barik alaihi wa aalih
Alhamdulillah, Ramadhan is here :) Allah beri juga peluang untuk al-faqeer merasai Ramadhan sekali lagi. Ramadhan yang dikatakan sebagai bulan Rahmah, Maghfirah juga perlepasan dari api neraka. Sejauh mana bulan ini mampu menjadi jaminan kepada ketiga-tiga perkara ini, Allahu A'lam...semuanya terletak pada diri kita sendiri.
Bagaimanakah Ramadhan kita kali ini?
Bagaimanakah Ramadhan saya kali ini? sudah semestinya tidak sama seperti tahun lepas.
Ramadhan kali ini bukan di Bumi Anbiya'..tetapi di bumi Singa.
" Bila kamu puasa?"
"kamu kalau puasa tidak boleh minum kah? sakit lorr perut". Begitulah komen seorang nyonya tua bertongkat yang saya temui di Interchnage Khamis lalu.
Saya hanya tersenyum. Wah! Ramadhan bukan sahaja dinanti-nantikan umat Islam, orang berbangsa lain juga menantikannya!
" kalau puasa, tidak boleh makan, tidak boleh minum. " Saya menjelaskan nyonya tua itu. " Puasa sangat bagus untuk itu digestion!". Dengan mengikut loghat cina, saya menerangkan kesan positif puasa dari perspektif kesihatan.
Mendengar jawapan saya, dia tersenyum. Lalu ingin berlalu pergi.
"xio xin oh!" ( Hati-hati ) Kata saya dan menghantar kelibatnya hingga tidak kelihatan lagi.
Ramadhan yang kita nanti-nantikan pun dah tiba!
" Adam, kalau puasa..bukan puasa tahan lapar aje tau. Semua kena puasa. Mata, mulut, telinga semua kena puasa.". Kira-kira macam tulah yang saya bebel dekat seorang budak Adam yang berusia 6 tahun. Mudah betul bila bercakap. Tapi amat payah jika nak lakukan. To walk the Talk. Mujahadah diri amat penting untuk mencapai sesuatu yang natijahnya kita inginkan yang terbaik.
Sudah dua hari Solat tarawih dilakukan. Dua hari ini juga saya tidak dapat hadir ke masjid. Ihya' nya di rumah saja. Dengan keadaan diri yang tidak beberapa sihat, saya tidak turun 'padang' mendirikan solat berjamaah. InsyaAllah, lepas diizinkan, saya tidak akan ketinggalan merebut 'hadiah' lumayan dari NYA. :) Quwwah, ya Rabb.
"Ikut sunnah lapan rakaat." "Rasul buat lapan rakaat sahaja solat tarawih".
"e eh! kan sayyidina Umar buat 20 rakaat!"
Lapan rakaat atau dua puluh rakaat.
Lakukan mengikut kemampuan. Berapa rakaat yang ingin dilakukan bukan menjadi satu ISU yang ingin dibincangkan. Dirikanlah solat itu dengan hati yang ikhlas liLLAHI ta'aala. Sebab itulah yang dilihat Allah. Jangan lah kerana ini, timbul bibit-bibit perpecahan di kalangan kita.
Bagi yang tidak menunaikan solat tarawih, kita nasihatkan dengan cara lembut. Meskipun ianya bukan ibadah wajib yang bila ditinggalkan berdosa, solat tarawih adalah 'hadiah' dari Allah yang datang hanya sebulan setahun. Kalau tak buat tahun ni, ada jaminan kita hidup sampai tahun depan? Jadi, lebih baik rebut sekarang!
Budaya bertadarrus al-quran dan mengkhatamkan al-quran di bulan Ramadhan sudah diamalkan sekelian lamanya oleh kebanyakan kita. Saya juga tidak mahu melepaskan peluang ini. Tapi, ketika membacanya kita cuba-cuba mendalami maknanya sekali. Itukan lebih baik. Bagi yang sudah ke peringkat 'boleh mebaca kitab', kita boleh buka kitab tafsir. Tafsir Imam qurtubi ke..tafsir Imam Ibn kasir ke..Tafsir al-Alusi ke.. apa-apa kitab tafsir yang dikarang ulama'2 kita terdahulu. Memahamkan lagi ayat yang kita baca.
Ehem, jom try! =) InsyaAllah, kalau ada azam..kalau ada iradah.. kita doa banyak2 Allah bantu. Bantu lawan penyakit M. That is, penyakit Malas.:) huhu~ penyakit ni sdg bermaharajalela dlm diri al-faqer akhir2 ni ;'( Astaghfurullahal azim~
Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. InsyaAllah. Amin Ya Rab.
Ps: One msg received.
mtyr kecil: idil! Ust Afandi kata on Mon @ 3pm @ alj smbg talaqqi.
Alhamdulillah~ akhirnya Ustaz beri jawapan untuk mendengrkan bacaan kami yang tergendala. Syukran ustaz. gembiranyaa hati al-faqeer!
Hmm..syeikh Nabil. Namanya terngiang-ngiang di telinga saya. Boleh kah?
No comments:
Post a Comment