Aug 6, 2009

Jika sandarkan pada Allah, pasti tiada kecewa.


Bismillahirrahmanirrahim, Segala pujian ku serahkan kepadaNya. PadaNya ku pohon, padaNya ku merayu, padaNya ku meminta. dan DIA yang memakbulkan pohonanku, yang mendengar rayuan ku juga memberi permintaan ku.

Tidak lupa selawat dan salam kepada kekasih Nya, kekasih Ku juga kekasih umat Islam, Sayyidina Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Pembawa rahmat seluruh alam. Ayah bagi sekelian manusia, pada orang mukmin, rauuf dan rahim. Ucapan rindu ku bisikkan moga suatu hari nanti aku dan pencinta-pencinta baginda dapat bertemu dengan senyuman bahagia di Syurga abadi.

Amin ya rabbal alamin.

Alhamdulillah, semenjak mendengar basyeer dari bumi Kinanah, lidah ku tiada henti bertahmid bersyukur kepadaNya. Dengan Ihsan juga kehendak Allah, aku najah dalam imtihan. Ini bermakna natijah yang aku terima melayakkan aku menjadi mahasiswi Al-Azhar tahun Dua.
SubhanaLLAH wal Hamdulillah wa Laa ilaaha illaLLAH, Allahu akbar!

Kesukaran..tangisan..keresahan yang dirasai berbulan sebelum keluar berita natijah buat sekelian kalinya terjawab hari ini. Pada mulanya, sangat sukar untuk diri menerima khabar tersebut, bagai mimpi. Sesuatu yang SANGAT di luar sangkaan. Subhanallah! DIA maha berkehendak.

" MAN JADDA WA JADA "

Ku yakin, ramai yang akan mengatakan bahawa natijah ku setimpal dengan apa yang aku usaha kan. Aku juga terima banyak pujian memuji kehebatan diri diatas kejayaan ini. Ana faqeer. Setiap pujian bagai pisau yang menusuk kalbu merobek basyeer yang ku terima. Tuhan! katakan, ini bukan "istidraj" yang Kau beri. Tuhan! katakan ini bukan ujian menguji tahap tawadu' kehambaan ku kepada Mu. Tuhan! katakan! Ini adalah rangsangan dan dorongan untuk aku lebih bersemangat menatang Ilmu mu dengan lebih gigih lagak seorang mujahid tak kenal erti penat dan lelah dalam perjuangannya.

USAHA KU HANYA 10%

Mengimbas kembali setiap langkah ku sebagai tholibul ilm di bumi Kinanah. Mengimbas kembali setiap juhud ku dalam menghadapi imtihan seorang mahasiswi Al-Azhar. Lidah ku kelu untuk berbicara. Otak ku ligat berfikir. Jika kejayaan disandarkan pada usaha... di mana kah usaha ku?

Cebisan kenangan demi kenangan menerjah kotak fikiran ku. Sedikit demi sedikit bayangan datang menerpa melengkapi cebisan-cebisan itu hingga ku tahu jawapannya.

Saban hari.....

Aku dikunci dari luar muhadarah kerana terlalu lewat menghadiri kuliah. Maddah Nahu seringkali terlepas. Terdetik di penjuru hati, benarkah apa yang aku lakukan sekarang betul..?? mana yang lebih penting ni...?
Aku lewat bukan kerana terbangun lambat, bukan juga kerana bas rosak dan ramai orang, tetapi kerana tindakan yang aku ambil.

Ketika itu, aku bertalaqqi bersama Syeikh Redha rahimahuLLAH. Selepas talaqqi, kami akan bersaing bersama syeikh untuk keluar ke jami'ah masing2. Memandangkan tiada sesiapa yang dapat menghantar syeikh ke maahad yang berdekatan, ku ambil keputusan menghantarnya. 8.45am kami masih lagi di lorong Syubra. Tanganku masih lagi erat memegang tongkat seorang 'alim buta. Sedangkan kuliah ku bermula jam 9am. Batin ku menjerit, antara dua. Lantas ku kembali teringat kata kekasihNya " Allah sentiasa membantu hambaNya selagi mana dia membantu saudaranya. " Aku kalah dengan kata-kata itu. Syeikh mendapat tempat di hati ku.

Keterlewatan ku... sebab kejayaan ku... kerana BERKAT menolong seorang 'alim.

Saban hari.....

Aku menghayun kaki menapak setiap debu mesir untuk ke kuliah. Setiap langkah ku berteman bisikan hati yang sentiasa mendorong dan menyokong. Berat hati untukku menghadiri kuliah. Sungguh! aku tak faham bahasa yang diucap dukturah.
Kadang-kadang, aku tersengguk, kadang-kadang mata ku terus terkatup.. kantuk menguasai diri.

Tidur ku...sebab kejayaan ku... kerana meski tidak memahami apa yang diajarkan, Allah nilai usaha ku menghadiri kuliah kerana SATU sahaja yang aku niatkan... aku ingin BERKAT seorang 'alim.

Saban hari......

Aku bukan pelajar yang rajin bertanya. Bahasa yang masih lemah menjadi batu halangannya.
Ketika imtihan semakin menghampiri..ku gagahkan diri tebalkan muka bersua dengan dukturah. Tangan mulus mereka ku genggam, ku cium tangan dengan penuh hormat. Terbelit-belit lidahku sewaktu mengungkap maaf dari mereka. Meskipun kami tidak berbicara, ku tahu..alfaqeer ini dengan sengaja atau tidak sengaja pasti pernah melanggar adab tholabul ilm.

Sesungguhnya..senyuman serta kucupan di pipi ku dari mereka adalah sebab kejayaan ku... kerana berkat si 'alim.

Saban hari....

Ketika sahabat yang lain memerah otak bertungkus lumus murajaah maddah masing-masing waktu imtihan, aku gagahkan kaki menghadiri dars di ashir.. di Gamek Azhar..Aku berani berqasam bahawa bukan niatku hendak berbangga diri! NauzubiLLAH! Aku hanya melaksanakan tugas sebagai tholibul ilm.
Meskipun aku belum mula menghafal.. baru habis buat nota, aku tidak lepaskan peluang berjumpa dengan pemegang amanah-amanah ilmu Rasulullah. Hati ku tenang mendengar ucapan masyayikh, satu perasaan sakiinah dan mawaddah menyelinap masuk ke sanubari ku. Aku rindu perasaan itu.

Sesungguhnya.... 'nazrah' serta doa' masyayikh adalah sebab kejayaan ku...kerana berkat si 'alim.

SEMUA ATAS KEHENDAKNYA

Usaha ku sedikit sahaja. Jawapan yang ku beri waktu imtihan, biasa sahaja.
Namun, doa ku panjat kan, tiada terkira! kalau nak kata doa ku penyebab kejayaan ku, hati ku bagai digelitik lucu! biar betul..dosa bertimbun di miizan. dan doa ku harap mustajab?

Hakikatnya... doa ibu ayah di setiap sujud mereka. Doa alim ulama' awliyaauLLAH yang sentiasa basah di bibir mereka juga Doa saudara seislamku yang ikhlas mendoakan adalah penyumbang besar kejayaanku.

KEJAYAAN DUNIA DISAMBUT PENUH GEMBIRA

Mendapat kejayaan dunia adalah idaman setiap individu. Kita tidak pernah lupa meminta orang mendoakn kejayaan imtihan kita. Tetapi, kita seringkali lupa meminta orang mendoakan kejayaan akhirat kita.

Kita jangan mohon najah dunia sahaja kerana, tidak semua orang yang najah dunia najah akhirat.

TAQDEER DAN NAJAH

Kita seringkali gelisah dan risau diatas taqdeer (grades) yg kita terima. Tidak berpuas hati atau sedih dengan apa yang kita dapat. Sampai kita lupa bahawa yang dinilai Allah bukan taqdeer dunia, tetapi taqdeer akhirat. Kita lupa yang diinginkan masyarakat bukan taqdeer kita, tetapi Ilmu kita. Mumtaz Jayyid Jiddan Jayyid bukan penentu untuk menjadi seorang MUJTAHID!

TERUS BANGKIT

Kegagalan bukan penghalang kejayaan di masa hadapan. Tetapi kegagalan batu loncatan untuk lebih berjaya.
Kejayaan bukan penentu kejayaan di masa hadapan. Tetapi kejayaan hari ini adalh pendorong untuk lebih berjaya di masa hadapan.

Mohon, moga kejayaan yang Allah beri pada kita semua adalah 'steroid' untuk kita terus gagah berdiri mencari mutiara ilmu selagi hayat dikandung badan.

Walhamdulillahi rabbil alamin, waLLAHU a'lam.

No comments: