Sep 8, 2009




Quwwah,ya Rabb


Bismillahir Rahmanir Rahim

Allahumma Solli alaa Sayyidina Muhammad wa alaa alihi Wa sohbihi wa Sallim.


Sewaktu membuka leleman yahoo.com, mata saya tertancap pada berita yang tertera di skrin komputer saya.


MASSIVE TERROR ATTACK FOILED



"Three British Muslims have been found guilty of plotting the largest terrorist attack since "9/11.


Meluat.


Itulah ayat pertama saya untuk berita tersebut.


"Ringleader Abdulla Ahmed Ali, 28, along with Tanvir Hussain, 28, and Assad Sarwar, 29, were found guilty of conspiring to murder thousands in the plot, which in theory could have killed more people than the 9/11 attacks in 2001 in the United States."


First of all. Saya berjiwa mujahid, tetapi bukan dengan cara ini. Saya marah terhadap 'mereka yang menguasai dunia hari ini' tetapi saya tak hadapinya dengan cara ini.


Terus terang, bukan keganasan mereka (yg diatas) yang ingin saya bicarakan untuk entry kali ini. Tetapi saya ingin bicarakan keganasan yang dilakukan 'mereka yang menguasai dunia hari ini'.


Sungguh, selepas membaca buku tentang pergolakan yang berlaku di Gaza atau bumi Palestin, simpati saya tertumpah kepada saudara se-islam saya di sana. Marah dan benci kepada PENGANIAYA saudara saya. Marah dan benci bukan kepada bangsanya, tetapi kepada perbuatan mereka! Kejam, sungguh tidak berperikemanusiaan!


Tidak mengapa jika berlaku pertumpahan darah terhadap umat Islam asal 'umat mereka' selamat.


Tidak mengapa jika Palestin dijadikan padang jarak padang tekukur asal negara MAJU mereka tak dijentik pun.


Abdullah Ahmed, Tanvir Hussain dan Assad Sawar. Ketiga-tiga mereka didapati bersalah kerana telah merancang untuk 'mengganas' dan mereka dianggap PENGGANAS.


Tetapi..tiada siapa yang mengatakan Yitzhak Rabin, Ehud Barak ataupun Ariel Sharon PENGGANAS. Sedangkan mereka lebih dahsyat dan lebih kejam.


Beribu-ribu darah saudara kita mengalir di tangan-tangan mereka.


Kita perlu marah, kita perlu benci dengan tindakan mereka. Saudara-saudara kita berjihad mati-matian untuk menegakkan tanah milik kita. milik KITA. Milik umat Islam. Mereka mempertahankan al-Quds sepertimana Panglima Salehuddin al-ayyubi mempertahankannya. Mereka mengejar 'mati' demi perjuangan ini sepertimana musuh mereka mengejar dunia.


Jika kita sukar untuk membantu mereka secara jamaatan. Kita bantu mereka secara persendirian. Mengharap negara-negara Arab bersatu, dan kita sama-sama bangun menentang seakan-akan menanti buah yang jatuh.


Selagi yang mampu, kita hentikan dari menyokong produksi mereka.

Dan supaya tidak disoal di akhirat kelak apakah bantuan yang telah kita hulurkan kepada saudara-saudara kita, dengan seikhlasnya..berilah bantuan doa kepada mereka di setiap sujud kita. Kerana doa.... senjata orang beriman.

اللهم انصر إخواننا المجاهدين و المستضعفين في فلسطين و في كل مكان

p/s: kawan-kawan, berjuang di sana adalah tugas mereka. Tugas kita di sini adalah untuk menimba ilmu supaya dapat memberi peringatan kpd diri kita, dan saudara-saudara kita yg lain. Quwwah, ya rabb ;'(

Wallahu a'lam.

No comments: