Ujian Doa'....Dah mula kah?
Sebulan sebelum pulang, saya sudah mula berfikir. Balik rumah nanti, mampukah saya jadi anak yang taat kepada orang tua saya? Lebih-lebih lagi ibu. Sebab antara ayah dan ibu, ibu lebih banyak menyuruh dari ayah memandangkan ayah tiada di rumah waktu-waktu 'spring cleaning'. Saya juga selalu berdoa' supaya dapat jadi bint yang lebih baik dari sebelum ini.
"adilah.. nari masak lauk asam". Lauk asam? setahun saya di Mesir, sekali pun saya tak pernah masak lauk asam. Nasib ibu sudi membantu. Kata ibu, hari ini ibu ajar lepas itu, saya boleh lakukan sendiri. Saya hanya menuruti sahaja arahan ibu. Satu pembaharuan! meskipun jauh di sudut hati saya rasa 'malas', namun saya dapat lakukannya tanpa muka monyok! Good job!
Saya akui, saya bukan lah anak dara 'dapur' kata orang-orang tua. Ataupun anak dara ringan tulang! Saya anak dara canggih lah. Anak dara zaman sekarang. Tapi kerana tak sedia lagi nak dengar 'syarahan' percuma ibu, bagai lembu dicucuk hidung, saya turutkan sahaja. Tidak mengapa jadi lembu untuk ibu, bukan satu yang negatif! Malah jadi lembu untuk ibu, amalan mulia di sisi Dia kan?
"adilah, rumah belum sapu" "adilah, angkat kain baju" "adilah..Adam nak makan" "adilah, amekkan sudu". Saya mengeluh.. adilah sana, adilah sini.
Dengan kaki yang longlai saya bangun melakukan arahan ibu. Bukan tak biasa. Entah kenapa hari ini, saya rasa banyak 'adilah' nya. Geram jugak! Tapi, saya lantas teringat doa yang pernah saya bisikkan tatkala bersendirian dulu. Tuhan, jadikan aku anak yang solehah bila pulang nanti.
Dan hari ni, bagai baru tersedar. Dia sedang menguji doa saya. Saya nak jadi anak solehah kan, saya perlu lalui ujian-ujian ini untuk mendapatkan 'sijil' anak solehah. Ujian baru bermula, semangat masih ada. Entah di akhir ujian.. masih berbaki tidak semangat ini. Doa' mohon najah ya! Ujian keren ( hebat) benar sihh~
Ikhlas mampu menghilangkan kemarahan. Itu yang saya rasa sebentar tadi. Mana tidak, sedang saya fanaa' di alam cyber, saya dipanggil berkali-kali. Ikhlaskan hati dalam setiap amal, akan buat hati tenang. Kerja jadi lebih mudah. Alhamdulillah. Tak apalah, saya anggap ini training saya. Training ke arah 'Full-package' girl. (k, idah!)
update on training: 1/4 % (hihi)

P/s:
A: salam, amacam? apa khabar org di sana?
Saya: waalaiksalam. Sihat fizikal orang di sini. Cuma hati tak berapa sihat.
A: Oh! kalau yang tu, banyakkan zikir kat Allah.
Saya: (senyum) betul tu. Tapi zikir Allah tu pil nya aja. Doctornya takde, jauh. Mesti kena ada checkup doctor, takut tersalah makan ubat.
Sesungguhnya, saya merindui mereka.
Allahumma solli wa sallim alaihi wa 'alaa alih ;')

No comments:
Post a Comment