Allah pinjamkan untuk setahun
Syeikh yang sentiasa tersenyum
Salamullahi alaikum warahmatuhu wa ridwanuh
Al-Fatihah buat Murabbi Syeikh Redha Salim yang telah kembali ke rahmatuLLAH pagi ini.
Hilang lah sebuah mutiara berharga tatkala manusia masih belum puas menikmati kecantikannya.
Syeikh pergi sebelum saya sempat khatam qiraat Makki dengannya.
Syeikh pergi sebelum saya sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya.
Syeikh pergi sebelum saya sempat pulang ke Mesir.
Baru 12 hari saya tinggalkan syeikh...
Tiada lagi syeikh menunggu kami dari lepas subuh.
Tiada lagi syeikh yang membukakan pintu utk kami yang selalu lambat.
Tiada lagi syeikh yang sudi bergurau dengan kami.
Tiada lagi syeikh yang selalu mendoakan.
"allahu yahfazkum banaat..."
Sayyidina 'Ali pernah kata: 'allimniy harfan, sirtu laka 'abdan.
(Ajarlah aku sehuruf, aku jadi hamba pada kamu)
Hanya dengan syeikh sahaja saya dapat jadi seperti hamba kepada tuannya.
Kalau saya beli ful, siapa nak makan?
Kalau saya takut waktu imtihan, Kata-kata siapa yang akan tenteramkan?
Kalau saya ingin ngaji banyak-banyak, sapa nak dengarkan?
Hari terakhir sebelum kami pulang, kami jenguk syeikh dulu. kata syeikh, "sempat ke?" Kami kata sempat. Mati-mati nak jenguk syeikh. Ambil berkat kata kami. Syeikh jawab, "mau'l keda?" ( masuk akal ke?) lalu syeikh ketawa.
Syeikh ketawa bila saya panggil syeikh " ya maulaaya" Syeikh jawab balik, " naam ya maulaati"
Syeikh ketawa bila saya dengan selambanya katakan yang saya akan cuba cari negeri yang syeikh sebutkan di peta. Sedangkan tak wujud sama sekali negeri tersebut.
Syeikh ketawa bila mendengar jawaban saya. Syeikh tanya, " kalau kau tak tahu, kenapa tak tanya?" saya jawab, " sebab saya nak tanya lepas baca semuanya." . Rupa-rupanya, bila tak tahu baca, kena tanya 'alaa tuul, kalau tak..kan dah baca sembarang!
Saya seperti tak percaya bahawa syeikh sudah tiada. Allah pinjamkan syeikh pada saya untuk setahun aja. 'Maas salamah' kami kepada syeikh sebelum melangkah keluar dari rumahnya 12 hari lepas rupanya yang terakhir.
Inikah sebabnya...hati berat meninggalkan Mesir?
Ya Allah, tempatkanlah syeikh ku bersama orang-orang yang dicintaiMU.
(Syeikh..saya rindu, syeikh kata nak sambung tasmi' lepas cuti. Sampai hati syeikh tak tunggu kami.)
Ps:
Saya: awak.. betul ke syeikh dah takda? awak confirm? kalau saya nak kol hp syeikh, ma'ul tak?
Idah: pls dont do tis to me..kite dah ziarah..syeikh tkde..
-Benarlah, setiap manusia kan mati akhirnya.
No comments:
Post a Comment