Jul 29, 2009

Yang Terindah
Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad wa alaa aalihi wa sohobihi wa sallim
Pesanan ringkas dari seorang guru yang saya terima benar-benar mebuatkan hati berbunga riang. Apatah lagi beliau merupakan salah seorang 'ustaz favourite' di sekolah dulu. Keindahan akhlak yang dipamerkan benar2 membuat kami semua sebagai anak murid menyukainya. Tazkirah ustaz tentang 'al-kizbi' masih terkesan di sanubari dan masih terngiang-ngiang lagi
butir perkataannya di telinga.
Apa yang membuat kan saya lebih lebih lebih lagi 'menyukai' kepadanya adalah sikap ustaz yang sangat sabar melayan karenah kami. Saya akui bahawa saya adalah diantara pelajar yang suka bertanya. Kadang-kadang apa yang sudah saya tahu jawapan nya pun saya akan bertanya lagi. Yes, saya orangnya attention seeker. Lebih-lebih lagi dalam mata pelajaran favourite saya.
Bahasa Arab.
"ustaz limaaza hakazaa... lianna ala hasbi maa'rifatiy hakaza hakaza hakazaa.."
Ye,ye tahu! Saya tahu, ilmu saya sangat sedikit lagi cetek berbanding dengan ilmu ustaz. Ye, ye saya tahu cara saya bertanya seakan-akan ingin berjidaal. Tapi itu bukan niat saya.
Saya cuma hanya inginkan kepastian. Dan yang sangat membuatkan saya menghargai ustaz adalah kesabarannya menjawab pertanyaan demi pertanyaan yang dihulurkan padanya. Kadang-kadang saya seakan-akan meragui ilmunya, tetapi ustaz tetap bertindak tenang dan memahamkan saya sehingga saya benar-benar faham dengan jelas
.
Tadi, dengan tidak ingin melepaskan peluang, saya segera meminta 'wasiyyah' darinya.
" استاذ...أوصنا"
Kata ustaz:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:ـ
اتق الله حيثما كنتَ، وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالقِ الناس بخلق حسن
أنا أثق في قدرتك على التقوى والثبات
ــ فثابري واصبري في طلب العلم ــ
تفوزين في الدنيا والآخرة. إن شاء الله
Saya amat terharu dengan ucapan ustaz. InsyaAllah ustaz, saya akan cuba istiqamah dalam 'taqwa' dan 'tsabat'. Ya Allah, bantu saya ya.
Sebelum mengakhiri perbualan bersama ustaz, saya luahkan sesuatu yang sudah lama saya pendamkan
""im very happy tat u remember alfaqeer like me
Ustaz kata:
"SubhanAllah..
I'm not the one who remembers you, but your hardworking is what pops u up"
*speechless*
Syukran Allah...! sebab beri saya seorang guru seperti ustaz. Dan syukran juga sebab buat ustaz tidak melupai saya
Syukran ustaz sebab beri saya kata-kata semangat.
Izinkan saya bertemu lagi dengan ustaz dan asatizah yang lain. ;')

No comments: