
Bismillahi MasyaAllah~
Tertarik tak dengan tajuk post Iman untuk kali ini? hihi... mentang2 dah 20 tahun, dah mula fikir CINTA eh? *kenyit2 mata* Hee :) Serasanya ni lah kali pertama Iman tulis tentang Cinta. Yelah, takde manusia yang kalis cinta dalam dunia ni. Cinta tu kan fitrah ;) ( sebenarnya, terkesan dengan buku dan movie Iman baru selesai habiskan! tulah pasalnya terbit post mcm ni)
Tiga hari yang lepas, Iman baru selesai menghabiskan buku 'Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul' karangan Fatimah Syarhah. Iman sangat tertarik dengan prinsip dan cinta heroin dalam buku ni. Dia tegar untuk memenangi Cinta Rabbnya. Dia kuat menepis cinta lelaki yang datang menagih kasih darinya.
Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak bersedia kenapa nak bercinta? Bukan kah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan""
Hmm.. terhantuk Iman sewaktu membelek buku ni. Sehelai demi sehelai mukasurat Iman ngadah dengan penuh khusyuk. Azam dan semangat menggunung tinggi, mengiktiraf hakikat Cinta hakiki. Nak..! Iman nak jadi wanita seperti itu.. tegas dengan prinsip untuk mekar berdiri!
Sayangnya..remaja hari ni, tak kenal lagi cinta seperti itu. Cinta selepas kahwin? oh purleeaaase! kononnya cinta cara tu zaman sekarang sungguh tak relevan. Yang relevannya cinta sebelum kahwin. Yang diagung2kannya cinta monyet. Kita jadi terikut dengan cinta barat. Oh ya! lupa Iman, remaja macam kita ni kan kiblatnya dah berpaling arah. Tanpa sedar, kita berkiblatkan barat.
Ada juga yang cuba meng'islam'kan term bercouple. " Kita berhubung dengan cara yang betul. Dah plan dah untuk kahwin habis belajar nanti." Alhamdulillah, sejuk hati mendengarkannya. Sekurang-kurangnya.. adalah juga hala tujuan. Tapi, 'plan' untuk berkahwin bukan greenlight untuk keluar berdua-duaan. Sedangkan dah bertunang pun terlalu banyak lagi yang perlu dijaga, ini kan pula baru 'plan'. Yelah, kita doakan 'plan' berjalan lancar..tapi sekali air bah sekali pantai berubah! Saat tu.. plan entah ke mana.
Iman selalu doa. Moga zaman remaja Iman ni, tak diuji seperti ini. ( Nauzubillah ) Tak kuat dan tak mampu rasanya. Doakan Iman k! :) Hmm...Bedeklah Iman kalau Iman kata Iman tak alami benda macam ni. Iman juga remaja. Dalam fatrah yang dikatakan sinnul murahaqah. Crush-mrush tu pasti ada! *blush2* Tapi, kata Syeikh Yusri, itu tak dosa. Selagi 'cinta' atau 'rindu' tu tak dizahirkan dengan pancaindera dan tidak melanggar batas syarak. Imam Assuyuthi pernah berkata:
Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.
*Syahid akhirat: Orang yang pada pandangan manusia tidak kelihatan mereka sedang berperang di jalan Allah, tapi hakikatnya, mereka mendapat ganjaran seumpama orang yang mati syahid.
Baiknya Tuhan! menahan rindu juga diberi ganjaran syahid!
"eh, MasyaAllah seh ustaz tuuu" "awak!! kita suka ustaz tuu.. thiqah. Ilmu dia pun MasyaAllah". hehe.. Selalu dialog2 begini laris diucapkan di bibir Iman and the gang! huhu~ ( gurls, u noe i noe,heh! )
Sekadar mengagumi kelebihan yang Allah beri padanya. Bila Iman fikir balik, Kita selalu inginkan yang terbaik untuk diri kita. Inginkan yang soleh wa muslih hingga terlupa untuk men'solehah'kan diri. Kalau ustazah cari ustaz yang soleh, tentu ustaz juga cari ustazah yang solehah! ye tak..?? apelagi kawan-kawan2, kempen jadi mar'ah solehah yok! huhu~ oops! ikhlaskan hati yerr.. menjadi baik bukan sebab nak dapat jodoh yang baik. Nak jadi baik untuk menyesuaikan diri dengan panggilan 'muslim mukmin'. Yelah, orang Islam dan orang Iman itu kan sifatnya perlu baik :)
Oh ya! kawan-kawan. Kalau ada free time, boleh lah tengok cerita Syurga Cinta. Wait! saya tak dibayar untuk mempromosikan movie ni 0k?! dont misunderstood me ~ saja nak share sesuatu yang saya rasa 'indah' wee~
Atuk kata... " Jodoh ada Tiga. Yang pertama, jodoh syaitan. Am dan Syu bercinta selepas tu buat tak baik dah Syu mengandung. Kedua, jodoh jin. Am suka kan Syu dan Am gunakan jin untuk mendapatkan cinta Syu. Yang ketiga, jodoh...."
Hah! nak tahu yang ketiga jodoh apa..? Pandai-pandailah cari sendiri ye! Takkan semua nak spoonfeed pulak :P hihi. oklah, malam sudah pun melabuhkan tirainya. Mata pun semakin kuyu. Selamat malam semua!
Bismikallahumma ahya wa amutu
No comments:
Post a Comment