Dec 9, 2010


Random Thots :)




kalau jadi perempuan, jgn laa gedik cmni.. :P


" Malasnyaa nak cuci pinggan! sejuuuuk~".

Sambil mata melihat kearah longgokan pinggan mangkuk yang tersadai di dalam sinki. Beit MasyaAllah baru sahaja menerima tetamu. Semoga pulangnya mereka juga dengan membawa dosa-dosa aali beit. Tetamu itu kan pembawa Rahmat. =)

"Mehlah, kak idah tolong!".

Kak Idah masuk ke dapur dengan lengan bajunya diseng-seng keatas. Mahu bantu betul-betul.


" hmm, takpelah. tolong belajar je boleh? Bilang ibu, saye nak balik. Nak kahwin. Senang cerita".

Segmen luahan hati sekejap di dapur. Otak dah bertepu dengan kerja-kerja yang menuntut untuk disiapkan segera. Bukan tak mahu buat, tapi tak rela nak buat- untuk masa ni. Imtihan semakin hampir. Udara pula semakin sejuk. Mata makin jadi-jadi manjanya!

Untuk lari dari taklif belajar dan terus 'berkorban', BERKAHWIN jadi penyelesaiannya. Itu juga yang sering diungkap manusia. 'Kalau taknak belajar, kahwin sudah!'.

Benarkah begitu? Belajar itu susah... berkahwin lebih mudah.


Hmm..mungkin untuk mereka,Ya. Tapi TIDAK untuk saya :)





No comments: