Nov 13, 2010


Qurbaan

Saya kata pada kambing : "Takmu sad2 ok! Lillahi taala!". Dia pandang saya tak berkedip. Gheti gaknya kambing niiiiii...

" Jangan lupa tau k nanti cium-cium, peluk-peluk kambing tu. Kalau idil tahu sembelih, sembelih dia sendiri". Terdengar suara riang ayah di corong telifon.

Terasa nak mengusik ayah, saya bertanya, "ayah, korban ke 'aqiqah?".

Ayah selamba menjawab, " dah nak jadi isteri orang... 'aqiqah ape...!". T_T

***********
Bulan Zulhijjah kembali lagi. Bulan yang merakamkan pengorbanan seorang hamba yang sedia mengorbankan anaknya demi mematuhi suruhan PenciptaNya. Bulan yang mengajar ummat Islam makna 'pengorbanan' yang sebenar. Kisah Sayyidina Ibrahim dan Sayyidina Ismail menjadi teladan buat ummat Islam seluruhnya.


Ibadah korban

Setiap kali menjelang hari raya haji, bagai tiada apa-apa yang berlaku. Bagi diri saya, ia hanya lah hari istimewa buat mereka yang melakukan 'ibadah qurban' dan waktu free-show kami melihat kambing disembelih secara live. Terlalu sedikit pengertian eid adha dalam diri alfaqeerah wal haqeerah ini. Tetapi tahun ini, lain sedikit rasanya. Berdebar-debar menanti Eid adha! 5% tentang ibadah qurban. Tangan pantas menyelak helaian kitab Fiqah. Baru terkial-kial nak belajar tentang udhiyah. Hmmmmm...

Sedikit perkongsian buat teman-teman juga. =)

الأضحية
1) Makna udhiyah (korban):

Dari segi bahasa: Udhiyah adalah daripada perkataan dhuha iaitu ketika naiknya matahari. Ini kerana penyembelihan dilakukan pada waktu itu.

Dari segi syara' pula: Ia adalah apa-apa yang disembelih daripada unta, lembu dan kambing dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa taala pada hari raya dan juga hari-hari Tasyrik. ( 11,12,13 Zulhijjah)

2) Hukum Udhiyah:

Hukumnya adalah sunnat muakkad (amat dituntut) untuk setiap rumah atau keluarga yang ramai dengan memadai jika hanya seorang dari ahli yang melaksanakannya. Oleh yang demikian ahli yang lain tidak dituntut untuk melakukannya. (sunnah kifayah)

Ibadah korban boleh menjadi wajib pada 2 perkara:

a) Jika sudah ditentukan binatang korban itu. Contoh, apabila pemilik binatang ditanya untuk apakah binatang ini lalu dijawabnya; "Ini adalah untuk berkorban".

b) Disebabkan bernazar.

3) Kelebihan Berkorban:

عن عائشة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال ما عمل ابن ادم يوم النحر عملا أحب إلى الله عز وجل من هراقة دم وإنه ليأتي يوم القيامة

بقرونها و أظلافها و أشعارها و إن الدم ليقع من الله عز و جل بمكان قبل أن يقع على
الأرض فطيبوا بها نفسا


Maksudnya:

" Dari Sayyidatina Aisyah Rodhiyallahu anha Sesungguhnya Rasulullah SollaLLAhu alaihi wasallam bersabda: Tidaklah seorang anak Adam melakukan amalan pada hari raya yang lebih disukai oleh Allah Subhanahu wa taala daripada menumpahkan darah (ibadah korban) kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Qiyamat dengan tanduk-tanduknya, kaki-kakinya serta bulu-bulunya dan sesungguhnya darah tersebut akan berada satu tempat di sisi Allah (diterima olehNya) sebelum ia mencecah bumi. Maka jadikanlah dirimu suka akannya (korban)."

4) Pembahagian Daging Korban:
Bagi Ibadah Korban secara sukarela ( تطوعا ) disunatkan untuk memakan ;
- 1/3 daripada kambing korban tersebut dan dibahagi 2/3 kepada golongan miskin.
- Ataupun memakan 1/3 daripadanya dan menyedekahkan 1/3 kepada gologan miskin dan 1/3 lagi kepada golongan kaya dan selainnya.
- Yang lebih Afdhal adalah menyedekahkan 2/3 daripadanya.

Bagi Ibadah Korban yang Wajib seperti bernazar, maka tidak boleh baginya untuk memakan apa-apa dari daging penyembelihan tersebut.

5) Sunnah-sunnah dan adab-adab Udhiyah:

Banyak sunnah-sunnah dan adab-adab Ibadah korban yang sangat baik untuk dilakukan akan tetapi tidak wajib melakukannya;

1) Disunatkan bagi yang ingin melakukan korban tidak memotong kuku dan rambut setelah masuk bulan Zulhijjah. Sesuai dgn Hadis Nabi SAW;

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من كان عنده ذبح يريد أن يذبحه فرأى هلال ذي الحجة فلا يمس من شعره ولا من أظفاره شيئا حتى يضحي

Rasulullah bersabda:

"Sesiapa yang baginya binatang penyembelihan yang ingin disembelih (Korban) , apabila telah masuk Dzul Hijjah maka janganlah ia memotong apa-apa dari rambutnya serta kukunya sehinggalah sampai korban dilaksanakan. " (Riwayat Muslim)

2) Disunatkan menyembelih sendiri binatang korban sekiranya ia mampu. Sesuai dengan hadis Nabi SAW;

روى أنس رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم ضحى بكبشين أملحين, ووضع رجله على صفاحهما و سمي وكبر

Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah SAW menyembelih dua kibas yang elok, dan meletakkan kakinya diatas kedua-dua pipi (kibas) sambil mengucapkan basmalah dan bertakbir. (riwayat Bukhari)

3) Disunatkan orang yang melakukan korban hadir ke tempat sembelihan dan melihat sendiri binatang tersebut semasa disembelih.

4) Disunatkan menjaga adab-adab penyembelihan iaitu dengan menajamkan pisau, menenangkan binatang korban dan menghadap qiblat ketika penyembelihan dilakukan. Disunatkan juga setelah membaca basmalah dengan berselawat keatas Nabi Sollallahu alaihi wasallam.

5)Disunatkan berdoa seperti berikut;

وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفا وما أنا من المشركين إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له وبذلك أمرت وأنا أول المسلمين اللهم منك ولك

kemudian dia berkata:

باسم الله, الله أكبر, اللهم تقبل مني

Sumber:
1) Kitab Al-mu'tamad fil fiqh Asy-Syafii
2) Kitab Hasyiyah Fathul Qorib lil Bajuri




Semoga segala Ibadah diterima oleh Allah SWT, Amin.





Ps: Doa' doa' doa'..sem0ga Allah beri rezeki lebih lagi agar dapat menunaikan ibadah Haji tahun depan pula :) Amin Ya robb!


No comments: