Memimpin atau dipimpin : Paling Utama Terpimpin

Ikutkan hati, memang malas untuk 'menyibukkan' diri dengan pengkempenan, pemilihan dan lain-lain lagi yang sewaktu dengan nya. Berpersatuan jatuh melurut di tingkat paling bawah dalam jadual harian seorang pelajar 'sibuk dengan apa2 entah' macam saya. He he he
Tapi itu kata Nafsu. Yang melulu. Zaman realiti guna kata akal. Lebih rasional. Namun, perlu akal yang diseimbangkan dengan ilmu mengikut kehendak dan tuntutan agama. :)
Hadis yang diriwayatkan oleh Abi Daud berbunyi, Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam bersabda:
"Melantik ketua pada saat kamu jalan bertiga". Justeru, di kalangan ahli yang ramai-ramai juga perlu dilantik ketua yang membawa kepada perpaduan dan kemaslahatan ummat mujtama'.
Jika dilihat cara pemilihan pemimpin atau EXCO hari ini, mereka ikut cara pemilihan sewaktu Khalifah Uthman ditabalkan menjadi khalifah. Setelah kewafatan Sayyidina Umar, para sahabat telah menyenaraikan nama-nama yang layak menerajui kepimpinan ummah. Akhirnya setelah pelbagai perkara berlaku..para sahabat iitifaq untuk mengangkat Sayyidina Dhun-Nurain menjadi ketua mereka.
Beberapa nama telah dicalonkan. Dan undian esok akan menentukan barisan pemimpin yang telah Allah pilih untuk menjadi pemimpin. Memegang amanah yang dipegang rusul serta khulafaa terdahulu..berat. Bukan mudah.
Setiap individu bertanggungjawab untuk memilih. Khilafah tuntutan agama. Ia satu keperluan. *peringatan untuk diri sendiri juga* "Siapa yang perlu dipilih?" Oh, itu jangan tanya! Yang seperti sahabat Rodhiyallahu anhum itu lah jawapan saya :p he he he.
"Tapi, Taqwa mereka mana sama dengan manusia zaman sekarang......" Ya, saya sangat mengerti perihal itu. Tapi tak salahkan kalau nak pilih yang USAHA untuk Taqwa? :) Mereka yang soleh/ah yang berusaha ke arah itu. Atau yang kurang soleh/ah yang berusaha juga ke arah itu. *wide smile like a sunshine*
Apa-apa pun, ingat..... dalam kita menilai siapa yang akan dipilih (yang tentu hebat2) kita jangan sampai memandang rendah terhadap sebahagian pula. *peringatan untuk diri sendiri lagi* Boleh jadi mereka lebih baik dari kita pada esok harinya.
Namun.........apa apa pun, penilaian kita penuh cacat cela. :(
Ps: Ada sehari lagi untuk Istikharah.! Semangat? hu hu hu. Bukan kah setiap urusan itu seeloknya 'diminta pendapat' Penciptanya terlebih dahulu? :)
Salam MAT :)

MAT kembali lagi. Mesyuarat Agung Tahunan. Kempen berlagu sana-sini memenuhi ruangan emel Yahoo yang sudah agak berhabuk dengan 'sarang labah2' huhu. Masing-masing menyuarakan pendapat.Siapakah yang mendapat tempat di hati ahli untuk duduk di kerusi kepimpinan persatuan pelajar kota Singa di Mesir? Manusia dinilai- oh, dengan nilaian mata manusia juga :)
Ikutkan hati, memang malas untuk 'menyibukkan' diri dengan pengkempenan, pemilihan dan lain-lain lagi yang sewaktu dengan nya. Berpersatuan jatuh melurut di tingkat paling bawah dalam jadual harian seorang pelajar 'sibuk dengan apa2 entah' macam saya. He he he
Tapi itu kata Nafsu. Yang melulu. Zaman realiti guna kata akal. Lebih rasional. Namun, perlu akal yang diseimbangkan dengan ilmu mengikut kehendak dan tuntutan agama. :)
KEPIMPINAN?
Hadis yang diriwayatkan oleh Abi Daud berbunyi, Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam bersabda:
إذا خزج ثلاثة في سفر فليؤمروا أحدهم
Maksudnya: Jika keluar tiga orang di dalam perjalanan, maka lantiklah seorang ketua di kalangan kamu.
"Melantik ketua pada saat kamu jalan bertiga". Justeru, di kalangan ahli yang ramai-ramai juga perlu dilantik ketua yang membawa kepada perpaduan dan kemaslahatan ummat mujtama'.
Jika dilihat cara pemilihan pemimpin atau EXCO hari ini, mereka ikut cara pemilihan sewaktu Khalifah Uthman ditabalkan menjadi khalifah. Setelah kewafatan Sayyidina Umar, para sahabat telah menyenaraikan nama-nama yang layak menerajui kepimpinan ummah. Akhirnya setelah pelbagai perkara berlaku..para sahabat iitifaq untuk mengangkat Sayyidina Dhun-Nurain menjadi ketua mereka.
Beberapa nama telah dicalonkan. Dan undian esok akan menentukan barisan pemimpin yang telah Allah pilih untuk menjadi pemimpin. Memegang amanah yang dipegang rusul serta khulafaa terdahulu..berat. Bukan mudah.
Setiap individu bertanggungjawab untuk memilih. Khilafah tuntutan agama. Ia satu keperluan. *peringatan untuk diri sendiri juga* "Siapa yang perlu dipilih?" Oh, itu jangan tanya! Yang seperti sahabat Rodhiyallahu anhum itu lah jawapan saya :p he he he.
"Tapi, Taqwa mereka mana sama dengan manusia zaman sekarang......" Ya, saya sangat mengerti perihal itu. Tapi tak salahkan kalau nak pilih yang USAHA untuk Taqwa? :) Mereka yang soleh/ah yang berusaha ke arah itu. Atau yang kurang soleh/ah yang berusaha juga ke arah itu. *wide smile like a sunshine*
Apa-apa pun, ingat..... dalam kita menilai siapa yang akan dipilih (yang tentu hebat2) kita jangan sampai memandang rendah terhadap sebahagian pula. *peringatan untuk diri sendiri lagi* Boleh jadi mereka lebih baik dari kita pada esok harinya.
Namun.........apa apa pun, penilaian kita penuh cacat cela. :(
Bagi yang terpilih pula.... :) Tahniah dan selamat menjalankan tugas. Tapi perlu sentiasa beringat, kamu dipilih bukan atas kehebatan yang ada pada kamu. Pilihan ahli hakikatnya adalah pilihan Allah. Boleh jadi, Allah meletakkan kamu sebagai pemimpin untuk meningkatkan darjatmu dengan membawa manusia ke jalan kebaikan. Amin. Boleh jadi juga...... ia adalah SATU UJIAN-menguji tahap iman mu.
Engkau semakin 'menunduk' atau engkau semakin 'meninggi'.
Tajdid semula niatmu wahai pemimpin2ku, ku serahkan urusan dunia dan akhirat ku di tanganmu. =)
Ps: Ada sehari lagi untuk Istikharah.! Semangat? hu hu hu. Bukan kah setiap urusan itu seeloknya 'diminta pendapat' Penciptanya terlebih dahulu? :)
"Pemimpin atau dipimpin, jalan kita menuju mardhatiLLAH"
Salam MAT :)
No comments:
Post a Comment