Nov 17, 2010




:) Kambing ku


Menggeletar. Menggigil. Tergamam. Ahhhh, saya tidak tahu apa yang terjadi pada saya semalam.




sebelum pilih kambing..






"Pilih lah, nak kambing mana." Kata seorang ustaz. Saya ketar.

Hmmm, kenapa rasa macam nak meleleh airmata ni. Saya tahan. Nak tumpah. Tahan lagi. Tahan...srikandi kuat! Tapi saya kalah. Ia tumpah. Syahdu.

"Bolehlah, ana nak kambing tu." menunjukkan jari pada seekor kambing putih bertanduk. Ya Allah, terimalah.



Kambing putih bertanduk saya itu didukung ke tempat penyembelihan. Dia membaringkan diri. Terkelip-kelip matanya bila tangan sejuk ini mengusap kepalanya. Redup matanya memandang ke arah saya sebelum meletakkan sendiri kepalanya di lantai penyembelihan.



Ailah dan kambingnya.


Kambing....engkau mengerti?

Kambing....tingkahmu semalam buat aku tersentak. Termenung sejenak. Tanpa suara, tanpa sebarang cubaan untuk melepaskan diri, engkau berserah.




Suatu ketika dahulu....





Seorang bapa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan anak yang soleh. Maka doanya telah diperkenankan Allah SWT. Beliau dianugerahkan seorang anak yang sangat sabar.


( As-Shoffat: 100-101)





Maka apabila anak itu sampai kepada umur sanggup berusaha bersamanya, berkatalah bapa itu kepada anaknya:





" Wahai anakku, aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu?"





Si anak menjawab:





"Wahai ayahku, Lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepada mu, InsyaAllah engkau akan mendapati ku termasuk orang yang sabar"


(As-soffat: 102)





Ini lah dia kisah Sayyidina Ibrahim dan Sayyidina Ismail alaihimasssalam. Kesabaran mereka dalam mentaati al-Kholiq menjadi contoh buat umat Islam seluruhnya.





Allahu akbar... Allahu akbar...Allahu akbar... wa lillahil hamd.





Semakin deras airmata mengalir tatkala leher kambing putih saya disembelih. Kaki mejadi longgar. Lidah basah menyebut:




Robbana taqabbal minna...Robbana Taqabbal minna...Robbana taqabbal minna...


Amin.






















ps: Airmata bukan pengukur kegagahan, tapi ia tanda...kelembutan hati. (saje je nak sedapkan hati.. hihihi) =)






No comments: