
Bismillah.
Sekarang pukul 6.30 pagi. Saya rasa sangat mengantuk. Tapi saya tidak boleh tidur. Tidur lepas subuh, nanti rezki mahal. Ruginya orang yang tidur selepas Subuh. Nabi pernah berdoa:
اللهم بارك لأمتي في بكورها
Maknanya: Ya Allah berkatilah umatku yang berpagi-pagi
Saya ingin keberkatan itu. Ustaz kata, kalau tidur selepas subuh nanti seharian akan rasa mengantuk dan penat. Orang yang tidak tidur selepas Subuh lebih cergas dan bertenaga. Supaya tidak menambahkan peta dunia diatas katil, lebih baik saya berblogging sekejap. huhu~
January 2010. Sudah masuk tahun baru. Sekejap aja ya. Pejam celik pejam celik.Bila sudah masuk tahun baru, logik kata sudah makin tua. Makin tua maknanya, dah lama kita di dunia. Berjalan dan berpijak di bumi Tuhan. Makan dari tumbuhan yang diciptakan. Minum dari air yang dialirkan juga menghidup udara yang disediakan. Terima Kasih Tuhan diatas nikmat nikmat ini :)
Tahun 2010 membuka tirai dengan membawa azam azam baru makhluk yang bergelar manusia. Setiap tahun, pasti ada azam baru yang tertanam. Pasti ada cita-cita baru yang terbina. Pasti ada impian yang terlakar. Menanam azam, membina cita cita dan melakar impian sangat mudah seperti membaca ABC. Tetapi melakukan azam dan merealisasikan impian tidak semudah itu. Bila tidak mudah, ia bermakna susah. Kerana pada setiap perkara yang memerlukan USAHA memang meletihkan -_-' Perlu ada PENGORBANAN.
Apa azam dan cita cita awak, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu :)
Apa azam saya dan cita cita saya..saya sudah tahu, Sebenarnya..saya baru tahu.
Azam dan cita cita saya adalah berazam dan bercita-cita dengan betul. Supaya saya tidak menjadi hamba kepada azam dan cita cita yang salah.
Errrk. faham ke?
Semalam, saya ke kelas Syeikh Yusry HafizahuLLAH. Di Muqattam. Semalam saya belajar satu perkara. Di situ.
Imam Ibn 'Ataillah As-Sakandariy RahimahuLLAH, berkata dalam kitabnya yang masyhur Al-:Hikam
أنت حر مما أنت عنه آيس, وعبد لما أنت فيه طامع
Maknanya: Engkau bebas dari apa yang engkau tidak mengharap padanya, dan hamba pada apa yang engkau berusaha mengharap padanya.
Seorang hamba hanya akan menurut tanpa bantahan. Seorang hamba kerjanya mendengar dan mentaati.
Kita semua memang HAMBA. Tetapi, kita hamba pada siapa?
Justeru itu..kalau harta yang kita inginkan, kita adalah hamba kepada harta.
Kalau pangkat sanjungan dan nama yang kita inginkan, kita adalah hamba pada nama.
Kalau cinta makhluk yang kita inginkan, kita adalah hamba pada makhluk.
Tapi...SEBENARNYA KITA, adalah HAMBA ALLAH.
Apabila saya kata hamba Allah, maknanya..apa yang saya inginkan, yang saya dambakan, yang saya usahakan adalah ALLAH.
Sekiranya saya mahu berjaya. Saya harus bersandarkan kejayaan saya kepada Allah. Dengan kejayaan individu muslim, Umat Islam juga akan berjaya.
Saya perlu selalu tajdid niat. Bahawa saya berjaya bukan untuk diri sendiri. Bukan untuk menempah nama. Bukan untuk disanjung dan dipuji. NauuzubiLLAH.
Mudah-mudahan, Allah beri kita semua HATI YANG MELIHAT AKHIRAT dan TANGAN YANG MENGUASAI DUNIA.
Saya perlu sedar...bahawa HATI tempatnya di akhirat bukan di dunia. Lantas, saya perlu berusaha..meletakkan hati itu, pada tempat asalnya. Quwwah ya Rabb!
No comments:
Post a Comment