Bismillahir Rahmanir Rahim
Allahumma solli alaa sayyidina Muhammad wa alaa alihi wa sohbihi wa sallim.
Selamat Tahun baru semua. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. InsyaAllah.
Imtihan semakin dekat. Cuaca semakin sejuk. Ikutkan sejuk memang nak duduk bawah lihaf aja. Berselubung dari pagi sampai malam . Alhamdulillah, nasib baik tak berkesempatan lagi nak buat begitu. Kalau tak. memang nak kena 'side-kick' aja.
Hari ini, saya nak kongsi satu cerita. Saya nak kongsi dengan semua orang apa yang saya rasa. Mari, dengar baik-baik..baca betul-betul kemudian rasai watak nya. Barulah boleh MEMAHAMI. :)
Sabtu datang lagi. Setiap sabtu saya ada kelas Syeikh Yusri di Jami' Azhar. Di situlah rumah kedua saya. Tempat saya kenal erti cinta. Hari ini, saya tambahkan...di situlah tempat saya kenal erti CUBA MEMAHAMI.
Kelas berlangsung lebih kurang 2 jam. Dari waktu waktu dhuha hingga lah ke waktu Zuhur.Jadi saya solat Zuhur jamaatan di sana.
Sebelah kanan orang arab, sebelah kiri orang arab. mama mama arab memang besar saiznya. Adat mereka. Lepas kahwin kena besar. Makin besar makin bagus. Beza betul dengan adat kita kan? besar siket nak diet. Besar banyak pening kepala..tula yang timbulnya anorexia nervosa lah anorexia bullisa la dan macam macam anorexia lagi. Hmm,dah..dah , tu kita letak tepi dulu. Kita balik pada mama mama arab tadi.
Mama arab sebelah kiri saya benar benar menguji saya. Mama arab sebelah kanan tak sangat, mungkin belum jadi mama sejati. Mula mula elok saja sof yang saya berdiri. Tidak terlalu rapat tidak lah renggang juga. Just nice, orang kata.
Tiba-tiba mama sebelah kiri menghimpit bahu saya. Sebolehnya, dia nak kaki kanannya bersentuhan sebelah menyebelah together gether attach dengan kaki sebelah kiri saya. Saf jadi sempit. Keadaan jadi sesak.
Solat yang sepatutnya saya lakukan dengan keadaan sakiinah wal waqaar bertukar menjadi sesuatu yang merimaskan.
Bayangkan...
setiap pergerakan, saya perlu 'giveway' kepada mereka. Nak rukuk, biar mereka rukuk dahulu. Nak sujud, biar mereka sujud dahulu. Nak bangun dari sjuud, biar mereka bangun dulu. Solat saya seperti ada traffic light. Green orange dan Red menjadi panduan. Kalau tak, memang konfermation akan berlaku 'percanggahan badan' yang akan membawa kepada permainan domino. *faint*
Bukan saya nak membebel. Bukan juga nak make a mountain out of a molehill. Semua semua itu bukan. Cuma ingin kongsi perasaan. Biar beban semakin ringan =)
Dalam hidup, kita tak sendirian. Dari individu pergi keluarga, dari keluarga pergi masyarakat. Tuhan tahu manusia perlukan teman. Dicipta Adam kemudian hawa datang sebagai peneman. Dijadikan pokok kemudian buah tumbuh untuk melengkapkan. Sebab tu juga diantara hukuman dunia, orang jahat kena taghriib. Kena buang negeri. Kena buang dalam tong sampah. huhu~ Bila tiada teman, hati derita merana. Jadi terhukum lah dengan kejahatan yang telah dilakukan.
Manusia, yang kita katakan teman. Yang kita katakan pelengkap hidup, datang dari pelbagai bagai latar belakang. Agama, budaya, fikrah, cara semuanya lah pelbagai! Variasiti! Kalau kita pakai baju kat rumah, mereka pakai baju utk ke dinner. Kalau kita rasa benda tu adalah sesuatu yang sangat buruk, mereka pula rasa itu adalah terpuji. Bila fesyen kita tahun 80an, fesyen mereka tahun 2020. Hah, kira macam tulah perbezaan kita.
Ish...geram nya! kenapa lah dorang tak macam kita??? Kenapa lah dorang buat camni, kitrg atleast baiiiik lagi.
etc etc etc.. macam macam lagi lah yang kita akan dok kompelin dekat orang orang yang 'tak sama' dengan kita.
ibarat nya... seperti kita masuk dalam bilik yang gelap. kemudian kita kompelin pergi kompelin balik kenapa bilik ni gelap tanpa mengambil tindakan pun untuk 'mencerahkan' bilik yang gelap itu.
Justeru itu, dalam keadaan yang separuh sedar dari rasa geram yang berulamkan marah itu, saya diberi ketenangan hati dari Pemilik ketenangan.
Kenapa perlu marah? Kenapa perlu geram? Buat sakit jiwa buat sakit hati.
SOLUSINYA:
Terima. Belajar lah terima perbezaan orang di samping belajar akan kelemahannya. Marah dan geram dengan cara mereka yang tak seperti cara kita hanya buang masa. waste time. tabzeer el-waqt FULLSTOP
Menerima dengan hati yang terbuka dan cuba memahami keadaan adalah lebih benar dilakukan dari dok menggerami mereka. Pada kita, cara kita betul. Tentu sekali pada mereka, cara mereka lebih betul. Semuanya rasa dia yang betul.
Terima. Terima Terima.
Terima perbezaan orang. Terima kelemahan orang dan Terima pendapat orang.
Hanya dengan 'penerimaan' saja yang dapat mengubati hati dari virus GM. (gerammarah)
Kalau ini pun kita tak boleh terima, macam mana kita nak terima pinangan orang nant?! :P
=) Siiru alaa barakatiLLAH.
No comments:
Post a Comment