Penat itu satu nikmat
Bismillah

Langit gelap. Tiada burung lagi di situ. Yang ada hanya bulan dan bintang. Menjadi peneman setia kepada si malam.
Mungkin seusai saya habis kan entry ni, kedua-dua jarum jam pasti berhenti di nombor 12.
Permulaan hari baru bagi mereka yang Allah izinkan untuk terus terusan menikmati kehidupan.
Bagi yang tidak berkesempatan, hari yang berlalu takkan kembali.
Penat. Sangat penat.
Hmmmm..
"Takpe kalau penat untuk ilmu"
Aneh bin Pelik al-ajaib.
Bila saya berada di waktu lapang, bila saya duduk goyang kaki, bila saya biarkan masa berlalu begitu aja.....
Saya yakin, badan saya kalau boleh berkata-kata, pasti dia kata "Tenq,mem!"
Tapi....
ada yang tak kena gaya. Ada yang menjerit meminta haknya.
Ada yang lapar meminta disuap.
Dia sudah lapar, dia kekeringan,dia kehausan.
Itulah hati.
Hati minta diisi.
Lapar perut itu diisi dengan makanan
Lapar hati itu diisi dengan perkara yang bermanfaat.
Zikrullah, menuntut ilmu, bersolat, berbuat baik...
itu semua makanan si hati.
Penat...! sangat penat!
Mata dah meminta haknya.
Badan turut meminta.
Akal jika dinisbahkan kepada otak turut juga meminta haknya.
Tapi akal jika dinisbahkan kepada hati tak ingin dia terlena.
Alhamdulillah..seribu kesyukuran saya panjatkan.
Dalam penat, dalam lelah.. saya jumpa apa yang saya nak.
Dalam penat, dalam lelah...saya rasa apa yang tak semua orang dapat rasa.
Ramai yang dapat rasa penat kerana bekerja.
Tapi tak ramai yang dapat rasa penat kerana belajar.
Ini hanya dapat dirasa oleh kita yang bergelar PENUNTUT ILMU sepenuh masa.
Tuhan, saya hargai nikmat PENAT ini. Alhamdulillah.
P/s: TAHAMMUL itu perlu.
No comments:
Post a Comment