Nov 19, 2009


Jika itu yang dipinta

Aku mahu kuat,

Aku mahu gagah,

Aku mahu seperti Singa

Aku mahu seperti powerpuffgirl.

Allah jawab doa aku

Allah beri apa yang aku nak

Allah MENGUJI

Allah MENDUGA

untuk beri aku

Kekuatan itu.

meski hati sakit bernanah-nanah

juga otak jadi kacau-bilau

ITU jalan menuju kekuatan

Bila tak tahan,

Aku tanya: Di mana kecantikan aturan Tuhan?

Duduk tafakkur ku dini hari
bertemu doktor hati
yang setia menanti,
malam, siang, atau petang
di kutub utara, benua afrika, seluruh pelusuk dunia
DIA di situ, menanti.
Aku malu!
Dalam senang, aku terlupa
Bila susah baru ku cari
Tuhan ku Allah itu, Maha Penyayang.
Tuhan ku Allah itu, Maha Pemurah.
dan Tuhan ku Allah itu Maha Pengampun.
Dalam berjuta manusia di muka bumi
aku dipilih antaranya
untuk merasai perit duka
untuk menerima ujian Nya
"
Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihi ku setiap masa
Diuji tahap keimanan
sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat Rahmat Nya"
Di sini
ku temui cantiknya aturan Tuhan.

No comments: