Jun 26, 2009

Pudar sinarnya

Beit MasyaAllah semakin sunyi.
Kakak ketua dah tak ada... adik juga tak ada. Lebih menyedihkan, bestfren saya pun tak ada.

Semalam, banyak air mata yang dah ditumpahkan. Agaknya boleh buat cerita 2 litres of tears. Ketiadaan sahabat-sahabat seperjuangan sangat terasa. Saya sedar, hidup bersama mereka sudah menjadi sebahagian dari saya.

semalam,

Melihat akhawat-akhawat memakai baju serba hitam. Melihat wajah mereka yang ayu disebalik niqab yang terpasang. Melihat mereka mengundang sebak di jiwa. Bila pula Allah ingin mengundang saya ke sana..?

Mengambil keputusan ke sana bererti mengambil keputusan untuk ditarbiyyah.
Sudah bersediakah hati yang kotor ini dengan tarbiyyah?
Sudah bersediakah diri ini untuk ditarbiyyah?
Tuhan, jadikan aku menjadi tetamu Yaman satu hari nanti.

Pagi saya di sini tinggal berapa hari lagi. Mesir.. walau tak sebersih Singapura, walau tak semewah Singapura, di sini lah saya mengenali erti kehidupan. Erti perjuangan. Erti ukhuwwah.

Nak nangis! Nak nagis jugak!

Kate kakak ketua: " Nak nangis, nangis depan Allah, moga DIA beri kekuatan. Jangan nangis depan umum kerana ia adalah kelemahan". But, I cant control my tears! Perpisahan lah paling saya tak suka!

Kata kakak, " nanti, kalau dengar aduan ttg azhariy sendiri oleh masyarakat luar, jgn terasa terhina atau lemah kerana kita MASIH ada ulama2 yang menjadi bintang-bintang di saat dunia kegelapan". Baca emel kakak, buat saya semakin sayu!

Sedihnya, al-Azhar yang masyhur kerana telah banyak mengeluarkan ulama semakin hilang namanya. Hilang kerana adanya orang seperti saya. Belajar tapi tak amalkan. Entah berbudi entah berakhlak. Tapi bercita-cita nak menjadi pendakwah. Malunya! Bagaimana masyarakat nak terima? melihat imej sama aja dengan yang tak belajar agama.

Sebab itu, diri ni tak rasa nak balik. Taknak kerana kelemahan diri, al-Azhar dipersalahkan. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sedangkan al-Azhar itu kaabah menuntut ilmu. Banyaknya masyayikh. Banyaknya dars.

Lebih menakutkan lagi.. nanti dah kat singapore, rasa taknak balik sini pula. Kalau kena tinggal ngan kawan dah payah, apalagi kena tinggal dengan ayah ibu.. adik kakak!
lagi sengsara! Tapi kakak ketua kata " bila kat airport sg nak balik nnt, bayangkan kita ke medan bersama Rasulullah. so, bagaimana sepatutnya keadaan kita waktu tu?"

Benar.. perjuangan bila kerana Allah dan rasulNya, terasa manis.. terasa indah. Inilah nikmat hidup untuk Islam.

oklah, internet dah tak ada! pinjam sekejap internet beit syarif. Sekejap lagi nak pegi Muqattam dengar dars Syeikh Yusry. Hanya tinggal berapa hari sahaja.....

No comments: