Hulurkan Senyum


Bismillah.
Akhir-akhir ini, blog saya sering di'update'. Mungkin kerana terlalu banyak perkara yang terjadi dalam hidup saya sehinggakan setiap detik yang berlalu ingin saya rakam. Ingin saya abadikan sebagai kenang-kenangan bila dah jadi nenek nanti. *Wah, nenek canggih!* hehe. Alhamdulillah, imtihan semalam 'do-able' tapi entahlah, moga dilembutkan hati dukturah menerima jawapan al-faqir.
Semalam juga, selepas pulang imtihan dan selepas menunaikan solat, saya terus ke dapur. Siang ikan dan tolong ahli beit masak asam pedas ikan mackarel. Huhu~ tekak ni kempunan ikan siakap goreng ibu. Hmm. Alhamdulillah, sedap sungguh ikan yang dimasak.
Semalam, selepas makan..Kawan saya mengajak saya ke Beit Nabil menyambut Eid milad Aiman. Hati saya agak keberatan kerana belum dapat berehat selepas imtihan. Tetapi, saya gagahkan juga diri untuk menghadiri ihtifal ini. Kenapa? Hanya ada satu sebab sahaja.. sebab 'idkhalus surur fii qalbil mukmin sadaqah" Moga dengan kedatangan kami memeriahkan lagi suasana dan membuat besday girl happy. *saya pasti kami dah berjaya melakukannya, keadaan kecoh dengan mainan2 besday girl..tiup2 belon, bubbles..hihi*
Hulurkan Senyum. .
Suka sekali saya bila bebicara tentang Senyum. Sebab.. saya pasti, tanpa senyuman ukhuwwah tidak akan terjalin dan tanpa kasih sayang dunia takkan seindah seperti hari ini! Hati saya akan rasa sangat puas kalau dapat memberi senyuman kepada saudara seislam. Kepada ablah-ablah tengah jalan dan kepada akhawat yg lain. Siapa tahu, senyuman tulus yang diberikan mampu membuat hati yang sedih terubat :) "'asal..'asal" Maknanya..manis, manis..tulah yang selalu dikomen mereka. Penangan senyum memang hebat! Asal tak salah senyum lah.. kalau senyum sembarang2 lebih-lebih dekat mesir ni, mau diikut Pak Arab namanya! hmmm. SMILE and THE WORLD smiles with Y0U,k!
Jumaat lepas, selepas menghadiri dars Murabbi Syeikh Ali Jum'ah, *ehem ehem* Ammu Ahmad datang berjumpa saya dan kawan-kawan. Ammu janji nak bawa kami berjalan-jalan di rooftop Jami' Al-Azhar. Kadang-kadang segan juga kami dilayan seperti itu dengan Ammu. Baik sangat! Dari jauh ammu panggil..."dukturah Nur!". Pernah sekali, Ammu tegur saya kenapa dah tak datang lagi Jami'..dengar dars Syeikh Ahmad. Huhu~ malunya! Tapi sebenarnya, waktu tu sedang ada dars berhari-hari bersama Syeikh Nuruddin. Jadi salah satu perlu dikorbankan :) Berbalik pada cerita ke rooftop, memang hendak sangat kami menerima jemputan ammu, tetapi tiba-tiba kami dijemput menghadiri majlis cukur rambut, jadi dengan sedihnya kami terpaksa menolak ajakn ammu. Aasif giddan, usbu' gayy insyaAllah ammu..
Yang paling nak cerita tentang Special moment kami dengan Syeikh Yusry. *faint*.
Setiap sabtu, kami akan menghadiri kelas Sohih Bukhary Syeikh Yusry. Seorang syeikh yang masyaAllah alaihi. Bila berbicara tentang Rasulullah..bisa buat hati ini bergegar menahan rindu! huhu~ Selepas dars, seperti biasa, langkah syeikh hanya dapat ditemani pandangan kami dari jauh sahaja. Susah untuk didekati. Kalau seorang perempuan solehah bagai mawar dipagari duri, syeikh bagai mutiara yang dijaga rapi oleh pengawal. Siket pun kaum adam ni taknak bagi peluang! Eksyen betuul!
Tapi hari itu, kawan kami minta kirim salam syeikh, dengan kesungguhan kawan-kawan yang lain nak sampaikan salam itu, sehingga habis solat, kami ikut syeikh. Seperti biasa, ikut je, tapi berdiri jauh2. Tiba-tiba, bantuan Allah turun dari langit..Seorang ablah datang kearah kawan saya. Ablah yang hatinya murni menjaga kebersihan hammam. Katanya: "aizah takallam maa syeikh?" Dia terus menarik kawan saya. "Syeikh yusri!" fuuh~ terus kami jadi malu. Ustaz-ustaz Arab dan ustaz-ustaz Mesia tahan sabar je tengok kami. Syeikh terus mengajak kami ke satu sudut yang berteduh.
Kata Syeikh: 'Selalu tajdid niat. Seperti seorang pemandu, tholibul ilm perlu sentiasa berwaspada. Kunci kejayan dengan Muzakarah. Muzakarah.'
Gembiranyaaaa kami! Benarlah di sini, apa-apa yang diingini, niatkan sahaja, InsyaAllah dimakbulkan. Iyelah, kan di sini ardul kinanah. :)
Oopps, panjang pula entry kali ni. Kakak datang Cairo hari ni! lalalala~ dah siap kemas ;) k, dibawah adalah Ibn Atiqah, Welc0me to the world dear Muhammad Mustanir aniq.
* I asked them, "Can I be Sq stewardess aka The Singapore Girl?
They answered," No..not Singapore Girl, but Hubby's Girl.
huhu~
They answered," No..not Singapore Girl, but Hubby's Girl.
huhu~
'.
No comments:
Post a Comment