May 10, 2009

: Eid Milad Sai'd:




Hari ini merupakan ulang tahun ke-56 bagi guru saya, Syeikh Redha.
Syeikh Redha merupakan seorang syeikh yang mahir dalam Ilmu Qiraat.
Hafalannya sangat mantap seakan-akan al-Quran berada di depan mata.

Bagaimana seorang yang tidak jelas penglihatannya mampu menjadi seorang alim sedangkan yang nampak terleka dalam kejahilan.

Suatu hari, Syeikh menceritakan kisah hidupnya. Bagaimana penglihatannya ditarik sedikit demi sedikit. Syeikh kata: " Aku suka baca buku, tapi sekarang aku tak boleh baca lagi"
Suatu hari juga saya menemani syeikh ke maahad beliau mengajar. Dengan menggunakan tongkat, saya membawa syeikh. Sepanjang perjalanan, syeikh selalu bercerita. Tiba pada suatu tempat, perjalanan kami terhalang dengan sampah-sampah jalanan. Saya berhenti dan menolak sampah tersebut agar dapat memberi laluan kepada syeikh.
Kata syeikh: "Terima kasih sebab tolong aku. Aku dah tak nampak".
Perasaan saya sangat sebak ketika itu. Akan tetapi saya segera menjawab, : "Syeikh melihat.. tapi melihat dengan hati"

"Alhamdulillah... ya karem" ayat-ayat itu sentiasa diucap syeikh. Jika ditanya khabar syeikh, tentu syeikh akan menjawab "alhamdulillah" walaupun sebenarnya beliau sedang menahan sakit.
"huwa kareem...huwa kareem"

Hari ini, saya datang bersama kawan-kawan yang lain untuk menyambut ulang tahun syeikh. Bukan kerana kami terikut-ikut dengan barat mengadakan party atau sebagainya..
tetapi, kami datang dengan harapan menggembirakan syeikh.
Bukan kah menggembirakan hati seseama muslim itu sedekah?

Melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Syeikh sudah cukup menghilangkan penat kami seharian.
Kata-kata syeikh sentiasa mententeramkan jiwa yang keresahan.
Bibir syeikh tidak pernah lekang dari mendoakan kejayaan kami semua.


Pantang saya keluar dari rumah syeikh sebelum meminta wasiat darinya.
Kata syeikh: Laa takhaf wa laa tahzaan.. fatawakkal alaa Allah.
Kata Syeikh lagi: Ketakutan akan menghilangkan separuh dari apa yang kita dah belajar. Semua guru ingin melihat anak muridnya berjaya. Jadi tawakkal lah pada Allah.
Syeikh sambung: Barangsiapa yang tawakkal pada Allah, nanti rezkinya Allah beri bagai rezki burung2. Jangan takut, sebab malaikat sentiasa mengembangkan sayapnya bagi penuntut ilmu, redha dengan apa yang dilakukan.

Ketika kami meminta izin untuk pulang kerana ingin memberi syeikh peluang berehat, syeikh kata: Aku tak kisah. Ni rumah antum. Kalau nak bermalam juga tidak apa. Tapi aku tahu esok antum ada imtihan."
Terharu kami mendengar butir bicara syeikh.
Lantas di hadapan syeikh, saya beritahu beliau: Syeikh saya mendoakan semoga Allah mengurniakan syeikh dengan kesihatan yang berpanjangan agar kami sentiasa dapat belajar dengan syeikh.


*Jikalau dahulu para sahabat ada nabi untuk mengajar mereka. Hari ini, kita ada para ulama'. Merekalah pewaris para nabi-nabi. Rebutlah mutiara-mutiara ilmu dari mereka sebelum Allah mengambil mereka dari kita.*




No comments: