Dia Ratu hati
Dia lah Ratu hati
yang melahirkan 4 cahaya
dengan penuh kepayahan
Dia lah Ratu hati
mendidik dan mengasuh tanpa penat dan jemu
menjalankan amanah Illahi tanpa meminta ganjaran
Dia lah Ratu hati
rela berkorban demi cahayanya
gembira kami, dia turut merasainya
kesedihan kami, dia turut menanggungnya
Dia lah Ratu hati
tidak terkira airmata yang dititiskan kerana kami
tidak terbayang jasa yang dicurahkan kepada kami.
Ibu,
Jika ditanya, apakah hadiah paling besar yang Allah telah beri pada kami, sudah tentu jawab kami: seorang ibu mithali.
Ibu lah tulang belakang kami, penyuntik semangat kami, peneman kami di dalam perjuangan kami yang penuh dengan onak dan duri. Ibu lah ketua, menteri, penasihat dalam pekerjaan kami sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.
Ketahuilah ibu,
untungnya kami kerana sentiasa dicurahkan dengan kasih dan sayang dari mu dan ayah. Segala kemahuan kami ibu turutkan. Segala keinginan kami sedaya upaya ibu laksanakan. Tidak apa jika ibu penat.. yang penting kami gembira
Ibu,
pengorbanan yang ibu lakukan amat besar sekali. Tak mampu dibayar dengan wang berjuta dolar mahupun emas segunung dan mutiara selautan. Pengorbanan ibu tidak mampu dibalas.
Tetapi ibu,
pengorbanan ibu telah dicatit oleh malaikat. Allah menjadi saksi diatas segala kasih sayang dan didikan yang ibu curahkan kepada kami. Jangan takut ibu, ibu telah melakukan tugas ibu sebagai seorang ibu dengan baik. Ibu juga didoakan siang dan malam oleh kami. Bukankah ini sebaik-baik hadiah? Anak soleh yang sentiasa mendoakan orang tuanya.
Akhir seakali,
ampunilah dosa-dosa kami pada ibu. Kami sering terlupa dengan pengorbanan yang ibu lakukan. Teruslah menjadi Srikandi di hati kami menemani kami dengan penuh kesetiaan dan pengertian. Tetaplah ibu menjadi pokok kami yang walaupun dilempar dengan batu, ibu hadiahkan kami dengan buahnya. Terima kasih ibu diatas segala-galanya.
Dari anak-anakmu
Empat cahaya.

No comments:
Post a Comment