Apr 12, 2009

PERJALANAN HIDUP PADA MINGGU ORIENTASI


29 Julai 2008
Lapangan Terbang Changi

Saya akan tinggalkan semua orang. Ayah...Ibu..Kakak...Adik... melambai-lambai kearah saya. Selamat Tinggal semuaaaa...

29 Julai 2008
Lapangan Terbang Doha

Waaaah! Sign Board sana-sini tulis Bahasa Arab!! Best!!

30 Julai 2008
Lapangan Terbang Mesir

Eh! Kenapa 'Ammu yang jaga ni marah2? Tak boleh cakap leklok ke?? Alah..tiba2 teringat orang Arab memang macam tu..Sabar ajelah.

Naseb ada seniors jemput! Tolong angkat bag lagi. Kalau tak.. macam mana agaknya saya nak survive kat dalam bas. Dahlah SESAK, bawak beg BERAT. Hmmmm..

Rumah Sewa MasyaAllah

Setelah berminit menahan bahang matahari di dalam van, akhirnya sampai juga ke imarah kami. Pada mulanya saya sedikit terkejut. Mana tidak, 1st floor sahaja dah sunyi. Ada gelas pecah-pecah pulak tu. Lorongnya gelap jugak. Alhamdulillah ada lif yang disediakan :) oh ya! lifnya CUTE pada pandangan saya

Dengan tidak sabarnya saya menjengukkan muka mengintai Beit MasyaAllah. Hmmm..sungguh saya tak sangka! Hall sogheeer jiddan. Saiznya seperti saiz bilik saya. Takpelah..aal penduduknya bahagia, tu dah mencukupikan??!

Markaz

Ok, part Markaz No comment! Kenapa? sebab rumahnya mcm rumah kat Singapore, daerah bukit Merah.heheheh. Selesalah juga. Tapi saaya mengalami SATU masalah. Masalah itu takkan saya catit di sini. Semuanya biarlah rahsia~

___________________________________________________________________

Diatas merupakan catitan yang ditulis ketika orientasi tahun lalu. Semuanya diambil mutlak dari diary tanpa ada apa2 yang ditukar. Khas untuk ibu di Singapura :) Nantikan entry selanjutnya k mom! ;)


No comments: