Apr 11, 2009

Gerimis di Padang Pasir

Setahun hampir berlalu.....


Cuaca di Rab'ah Madinet En-Nasr mendung, titik hujan turun membasahi bumi. Si kerdil dengan perasaannya yang berbaur jalan mengharungi orang-orang yang lalu lalang dan kereta yang tidak pernah putus di Syari' Thoiran. Hatinya mendung, semendung awan pada pagi itu. Jiwanya merintih, menangis mengikut rentak titisan hujan.

Si kerdil sedih. Kulliyah Milal wa Nihal yang sepatutnya ada pada pagi ini dibatalkan. Sedihnya tidak terkira. Setiap pagi Sabtu, masanya dikhususkan menghadiri Dars Sohih Bukhari di Jami' Azhar oleh Syeikh Yusri. Akan tetapi, dars terpaksa dikorbankan demi menghadiri kuliyah milal wa nihal lilwafedat. Tetapi, pagi ini, kuliyah tak dapat, dars jug tak dapat. Semoga pengorbanan tak sia-sia

Semalam majlis Curtain Call berlangsung di Markaz. Tanda penutup segala aktiviti Perkemas bagi sesi 08/09. Alhamdulillah. Tugas si kerdil sebagai Anggota Lajnah kerohanian sudah berakhir. Yang pasti.. tugas si kerdil sebagai khalifah Fil Ardh takkan terhenti bahkan taklifnya hingga nyawa bercerai dari jasad.

Hati si kedil keliru.
Otak si kerdil buntu.
Atas alasan apa....kakak-kakak dan abang-abang melontar pujian dan memberi tepukan pada kami pelajar2 tahun satu?
Atas alasan ingin beri semangat?? Atas alasan ingin bagi dorongan??
Airmata meluncur berderu-deru
Gegar hati kerana takut, gegar otak kerana penat memikirkan.




Semalam kami dipuji melangit.
Katanya, kami penuh semangat.
Katanya kami adalah harapan Catalyst of change.
Katanya, kami punya potensi untuk terus maju.

Perlukah si kerdil bangga dengan kata-kata itu?? sedangkan kata-kata itu bagai jarum yang menyengat pangkal hati. Rasa terhina. Tak layak benar kata-kata itu untuk si kerdil. Entahla, setakat ini..apa yang sudah si kerdil lakukan untuk dirinya..temannya..agamanya? Kesian, masih tiada jawapan.

Saat kite berpeluk-pelukan.. Seorang kakak kata pada si kerdil " You can go far..You can go far". How far can I go, kakak? sedang diri masih mencari kekuatan dan ketabahan.
Seorang kakak lagi kata " awak, awak ade potensi, awak jgn stop berbakti pd perkemas. pd kawan2 awak." Kak, ape bakti yg boleh si kerdil berbakti kalaw diri masih belum boleh berbakti pada diri sendiri? Kakak lain kata lagi " 'adik, jgn serik masuk lajnah lagi" Bolehkah si kerdil kata dia tak serik apabila waktu ini dia keletihan?

Semalam.
Si kerdil lihat ayahnya. Mereka tayangkan video ayah sewaktu di orientasi dahulu. Melihat wajah itu, si kerdil menangis. Wajah yang penuh dengan pengharapan. Semalam juga, si kerdil menerima surat dari Ayah, ibu dan adiknya.

Kata ayah: Moga bertambah sinar dan cahaya di Baitul Anwar
Kata ibu: Selamat belajar..buatlah ape yang termampu untuk idil
Kata adik: Aku tahu kau akan jadi keluaran Azhariah yang memang betul-betul bukan main-main.

Kata-kata itu adalah harapan.

Usaha dan pengorbanan yang mampu ku berikan atas kata-kata itu.
Tuhan, bantu si kerdil mencari sinar harapan, segenggam ketabahan dan cahaya keimanan dalam mengharungi hidup sebagai khadim el-ilm.




No comments: