Jan 22, 2012

Wahai murabbi... ceritakan aku perihal Kekasih mu!





من يحب يدفع ثمن المحبة




Sang murabbi mula bercerita....

"Para arwah (ruh-ruh) telah wujud sebelum ia bersatu dengan jasad manusia. Mereka ditanya Tuhan yang menciptakan:

ألست بربكم؟
Bukankah aku Tuhan kalian?

Para arwah seiringan menjawab:

بلى!
sudah tentu!"

Sang murabbi meneruskan kata-kata:

" Maksud dari pertanyaan Allah kepada arwah itu sebenarnya adalah:

ألست بمحبوبكم؟
Bukan kah aku Yang paling kalian cintai?

Dan jawapan ruh-ruh adalah:

بلى!
sudah tentu!"


Usai sang murabbi menamatkan cerita, airmata ruh yang berjasad mula mengalir laju. Pengakuan cinta nya kering. Di manakah bukti CINTA yang diucapkan suatu ketika dulu? Manifestasi cinta adalah dengan MEMBUKTIKAN aku CINTA.

Mungkin, semalam ruh yang berjasad ini tersenyum riang. Kerana dia MENCINTAI ALLAH. Buktinya? dia melakukan TAAT. Solat 5 kali sehari. Puasa dikerjakan. Menuntut ilmu hingga habis keringat. Ruh berjasad itu sebenarnya JAHIL. Dia tidak tahu siapa itu PENCINTA!!

Sang murabbi mengingatkan...

"الحب نسيان النفس في المحبوب من ظل يرى نفسه في محبوبه فليس بالمحب"
Cinta itu adalah bila seseorang melupakan dirinya kerana Kekasihnya dan siapa yang masih melihat dirinya, maka dia bukan lah PENCINTA"





Murabbi beritahu...


"Syurga itu ada dua.
Satu: Syurga akhirat! Yang lagi satu.... Syurga:

محبة!

Ye, CINTA kepada Allah yang selayaknya. Kerana dengan cinta itu kita akan merasai nikmat syurga! ;')


" Ya Allah kami pohon CINTA MU"







No comments: