Apr 29, 2011


Hungry monster nak taubat :'(



Nah.. cuba baca ni. Sedikit perkongsian yang al-faqeerah dapat dari buku kuliyah Subjek Tasawwuf yang masih menjerit minta dihabiskan baca dengan cepat. -_-' Moga bermanfaat! :)




مداخل الشيطان إلى القلب

الغضب
الحسد
الشبع من الطعام
حب التزيّن من الأثاث والدار والثياب
الطمع
البخل و خوف الفقر








الشبع من الطعام

في كثرة الأكل ست خصال مذمومة:

الأوّل: أن يذهب خوف الله من قلبه
الثاني: أن يذهب رحمة الخلق من قلبه لأنه يظن أنهم كلهم شباع
الثالث: أن يثقل عن الطاعة
الرابع: أنه إذا سمع كلام الحكمة والموعظة لا يجد له رقّة
الخامس: إذا تكلم بالموعظة والحكمة لا يقع في قلوب الناس
السادس: أن يهيج فيه الأمراض



Ala-ala terjemahan dari al-faqeerah:

Pintu masuk Syaitan ke dalam hati manusia adalah ketika:

Marah
Hasad
kekenyagan
Suka berhias (pakaian,rumah,perabot etc)
Tamak
Bakhil dan takut miskin


Kekenyangan

Ciri-ciri yang keji bagi orang yang kekenyangan:

1) Hatinya tidak akan berasa takut dengan Allah.
2) Hilang rasa rahmatnya kepada makhluk yang lain kerana orang yang kenyang akan menyangka orang lain juga kenyang.
3) Sukar baginya untuk beribadah.
4) Apabila dia mendengar nasihat, hatinya tidak akan tersentuh.
5) Jika dia memberi nasihat, orang lain tidak akan terkesan dengan nasihatnya.
6) Akan terkena penyakit.


Takut! Kakak panggil saya 'hungry monster'. Adik pun panggil saya 'hungry monster'. Jadi maknanya apa?! :(

















No comments: