Sep 29, 2010

C i N t a





""...Jika manusia di dunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah

maka semuanya akan luntur..." Pakcik Suyanto.



"Sekiranya engkau tidak pernah tersungkur dalam cinta dunia, maka bersyukurlah.. kerana

engkau adalah di antara insan yang terpilih untuk menyintaiNya. Bersabarlah..

moga suatu hari nanti milikmu adalah pencinta sepertimu..."



" ..Sesungguhnya CINTA dapat merubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas,

keruh menjadi jernih, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi taman,

kepedihan menjadi kenikmatan, tekanan menjadi rahmat.

Ia juga yang dapat melunakkan besi, meleburkan batu,

membangkitkan kematian dan menghembuskan kehidupan..." Jalaluddin arRumi




Tercengang. Tergamam. Ada rama-rama terbang di taman hati. :) Tapi mainan rasa tak lama. Kembali tersedar ke alam nyata. Realiti kehidupan. Kenapa tak seindah yang diungkapkan?

Lantaran CINTA...... disalahertikan.
dan CINTA jauh dari hakikat cinta itu sendiri.


Fahamilah makna CINTA. Kamus CINTA tidak ada duka :)


sooooooo, kalau awak bercinta, kemudian awak berduka. Tak kisah lah apa sebabnya... kena tinggal ke. Sebab dah tak serasi ke. Ataupun dah jumpa orang lain, maknanya itu bukan CINTA betul. Itu CINTA tipu. Itu bukan CINTA kerana ALLAH, itu cinta kerana NAFSU.

Percayalah saya....

Penat mencari cinta manusia. Carilah cinta pada Pencipta manusia. Nanti, cinta itu lah yang akan bawa awak kepada hakikat cinta. =D Cinta yang Allah Redha. Cinta yang bawa ke syurga!



اللهم إنا نسألك حبك وحب من يحبك وحب عمل يقربنا إلى حبك












No comments: