Salam Sayang

Hari-hari adalah Hari Kawan buat saya. Hari-hari perlu meraikan rasa kasih dan sayang buat kawan.
Tapi hari ini, saya ingin rakamkan penghargaan buat insan yang dinamakan Kawan. :)
Terima kasih kawan, diatas segala galanya.
Diatas kenangan yang kita anyam bersama.
Diatas memori yang kita jalin bersama.
Terima Kasih banyak banyak =)
Walaupun persahabatan kita sering bermusim
Kadang kadang bersenda gurau
kadang kadang pula bermuram durja
Tapi kita tetap bersama, menjalinkan satu tautan ukhuwwah keranaNya.
Iya, kita berkasih kerana Nya.
Iya, kita saling sayang menyayangi kerana Nya.
Sebab itu... bila marah, sekejap saja reda.
Bila rajuk, tak pernah berlama.
Kalau saya buat salah, tak pernah dibiarkan tanpa teguran kasih.
Bila saya terleka, tak pernah dibiarkan tanpa memberi peringatan.
Baiknya kawan saya... marah nya kerana sayang. Tegurannya kerana kasih.
=)
Maaf kawan, kalau saya seringkali terlupa.
Terlupa menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kawan .
Andai hak kawan tak saya tunaikan.
Seringkali terlanjur kata, terlanjur perbuatan
Maaf sangat-sangat-sangat ye!
Tolong kawan, tolong saya...
Jangan pernah putus asa membimbing saya, menegur saya, mengajar saya..
Bawalah saya, kawan..
Bawalah saya diatas titian jalan menuju Cinta Nya dan cinta junjungan Sayyidina Muhammad
Jangan kawan, Jangan..
Jangan jemu dengan saya.
Saya moh0n kawan..
Saya mohon untuk kalian jadi pokok kurma untuk saya,
walaupun batu yang saya lempar, kurma tetap yang kalian balas.
Semoga persahabatan kita tak lapuk dek masa tak hilang dek zaman.
Semoga persahabatan kita sentiasa segar, semakin mekar dengan haruman Kasih kerana Nya.
Semoga kasih kita seteguh kasih Sayyidina Abu bakar kepada Habibul Mustofa
Insya Allah
=)
Ketika Rasulullah berada di hadapan, ku pandangi pesonanya dari kaki hingga hujung kepala. Tahukah kalian apa yang menjelma? CINTA!!
( Abu Bakar As-Siddiq )
Khas untuk,
kawan kawan 'Adilah.
No comments:
Post a Comment