Jan 19, 2010



Selagi ada matahari, selagi itu ada sinar yang menanti


Mengambil keputusan untuk berada di jalan Allah bererti mengambil keputusan untuk bersusah susah. Bersusah susah dahulu dan bersenang senang kemudian. Jika ditanya kenapa perjuangan itu sangat susah, kerana Allah janjikan syurga yang sangat indah.


Alhamdulillah.

Saya masih lagi diberi Allah nikmat hidup dalam iman :) Semoga sinar Iman sentiasa menyinari diri kita semua. Tuhan, janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk yang benar..dan kurniakan kami rahmat-Mu.



Semalam merupakan hari pertama dan permulaan peperiksaan tahun 2. Nervous ada. Seram ada. Semua semua lah ada. -_-'

Maddah Fiqh. Maddah feveret saya. betapa sayaaaang nya saya pada maddah ini. "

Baca 10 mukasurat dari fiqh seperti keliling stadium sepuluh kali."

"Hafal macam nak mati."

Pergi tandas ingat Fiqh. Masuk bilik ingat Fiqh. Goreng jemput jemput ingat Fiqh. Fiqh pergi Fiqh balik.

Segala yang mampu telah saya lakukan. Tawakkalna ala'LLAH. Taknak andai mimpi ngeri di mudarraj semalam berulang kembali. Please,Allah.

OK, NO EMO.

Adilah, berputus asa tak pernah ada dalam kamus hidup seorang penuntut ilmu. Harap maklum. Usaha dan terus usaha tanpa jemu. Selagi ada matahari, selagi itu ada sinar menanti, selagi ada Allah sebagai sandaran, selagi itu kaki harus melangkah memburu cita cita dan impian! Jia You!.Apalagi, ganda ganda kan juhud!

Cerita semalam buat saya terfikir sejenak. Mencari apa kah mesej Tuhan untuk saya. Saya perlu husnuz zhan dengan Nya.

أنا عند ظن عبدي بي

(Aku adalah pada apa yang hambaku sangkakan)

Itulah kata Tuhan. Tapi ramai yang menutup hati dari bersangka yang baik baik dengan pencipta mereka. Jika kita seorang yang membuat maksiat, kita akan sangkakan kemurkaan Allah atas kita. Pandangan mata Allah pada kita sungguh terhina. Hakikatnya, kita lupa Allah sentiasa di sisi. Menanti untuk mengampuni hambaNya. Dengan pandangan rahmat dan Kasih Nya pada kita yang bergelar manusia. Katanya lagi:

و إن أتاني يمشي أتيته هرولة

)dan jika hamba datang kepada ku berjalan, aku datang padanya dengan berlari)

Walaupun sedih, saya cuba happy happy kan diri. Jika saya sandarkan kepada usaha, usaha saya serba kekurangan. Tapi jika saya sandarkan pada Allah, Allah Maha sempurna. Kita melihat sempurna bukan atas pandangan mata kita. tapi atas pandangan ilmu Allah. Boleh jadi, kesempurnaan yang kita nampak dengan mata kasar, tidak sempurna pada pandangan Nya. Penuh cacat cela. Lopak sana sini.

"....Ketenangan akan hadir dalam diri jika Pemilik ketenangan hadir dalam hati "


Sihat itu nikmat. Sihat itu mahal.Tidak ada harga pun yang dapat membeli nikmat sihat.
Lalu, ketika sihat itu.. adakah kita melakukan kerja orang sihat? Atau kita melakukan kerja orang sakit. Lebih teruk, kalau ketika kita sihat. Kita seperti mayat. Tidak melakukan apa apa. Kaku membeku.


Semoga Allah mengurniakan kak Farah dengan kesihatan aajilan. Saya sayang kak Farah. Saya sayang sume2 lah. Nanti besday kita ramai kakak2 takde :( Apapun, sakit yang kak Farah rasa adalah bukti sayang Allah pada kakak. Sakit yang Allah beri pun, tak datang tanpa habuan dan hadiah. Ia dijamin dengan kesucian jiwa dari dosa dosa :)


Dari Abi said dan Abi Hurairah, mereka mendengar Rasulullah SollaLLAHU alaihi wasallam bersabda:


ما يصيب المؤمن من وصب ولا نصب ولا سقم ولا حزن حتى الهم يهمه إلاكفر به من سيئاته


Tidaklah apabila seseorang itu ditimpa kesakitan (yang berpanjangan), letih, berpenyakit, kesedihan sehinggalah kekecewaan yang dirasa, melainkan diampuni segala kejahatan kejahatannya)


Syeikh Iwadh sewaktu menerangkan hadis yang dibaca, beliau berkata bahawa (nasob) adalah kepenatan yang dirasai. Penat kerana melakukan pekerjaan ibtighaan li wajhiLLAH. Semata mata kerana Allah Subhanahu wa taala. Seperti pelajar yang berpenat lelah mencari mutiara ilmu. Seperti seorang ayah yang memerah keringat mencari nafkah keluarga. Seperti seorang ibu yang membanting tulang menguruskan rumahtangga, seorang dai' yang memikir kan maslahat ummah dan sebagainya.


Allah jamin pengampunan dosa untuk kita.


Saya sayang Allah!
*



Hmm, dua hari lagi imtihan Mantiq pula! (fainting~) Tak sabar nak maaradh. Bila kira kira balik, lagi 17 HARI lagi. That's n0t even a month! =) Yahoo..!! Allah yassir umurana. Doakan kite sume! Najaaaaah Najaaaaah Najaaaaah. Amin~

No comments: