Dec 9, 2009

Allah is the Sweetest

disebalik awan yg mendung itu...warna-warni tetap ada

Bismillahir Rahmanir Rahim
Allahumma solli ala sayyidina habibina Muhammad wa alaa alihi wa sohbihi wa sallim

Salam! Moga sihat2 semua~ Imtihan Iman nak dekat..jadi sedang sibuk siket.
Tapi tetiba hari ni rasa nak menulis.
Bila ku tulis...maknanya, hatiku sedang berbicara.
dan bila kamu membaca...maknanya, matamu sedang menari =)
*hee...wah wah, sungguh sastera !* huhuhu~

Hmmmm..cuma nak share. Nak share sesuatu yg saya sedang rasa..


Kawan-kawan, baiknya Tuhan saya Allah. Baiknya Tuhan awak, Allah.

Dia lah pencipta kita yang MAHA pengasih lagi MAHA penyayang.
Mengasihi saya dan awak...juga menyayangi saya dan awak.

Dia lah pencipta kita yang MAHA mendengar dan MAHA mengetahui
mendengar setiap rintihan kemahuan saya dan awak..juga mengetahui yang terbaik buat saya dan awak.

Sekejap-sekejap, Tuhan saya dan awak beri kita duka.
Sakit rasanya.
Tapi.. bila kita Redha Sabar Baik sangka dengan Nya
lekas-lekas DIA beri saya dan awak ubatnya.
Indah pula.

DUKA kemudian GEMBIRA.
SUSAH kemudian SENANG.

Itukan lumrah alam.
Yang Allah aturkan untuk manusia yang bergelar hambaNya.
Patuh dan taat pada arahannya.
Tinggalkan dan membenci larangannya.

Pernah tak terasa sakit disakiti dan perit ditindas?
Pernah tak rasa seakan-akan dunia sedang berkejam?
Pernah tak rasa 'semuanya tak kena!'?

Saya pernah.

Selalu juga.

Buat seketika, Tuhan mengajar saya, melihat aturanNya.

Saya mahu, awak mahu, Tapi yang terbaik adalah apa yang Tuhan mahu.

Melihat dunia dari kaca mata seorang yang inginkan akhirat dan bukan manusia pencinta dunia membuatkan saya yakin untuk terus hidup di dunia ini dengan Gembira. Dengan perspektif yang positif tanpa salah sangka, buruk sangka dan bersangka-sangka dengan Tuhan. Redha kunci kebahagiaan itu.

Bila yang diinginkan tiada jawapan.
Nanti dulu...
kerana jawabannya hanya dua..
hanya DUA

CEPAT
atau TEPAT

Jika tidak sekelip mata doa dikabulkan
maka
sabar menanti untuk sesuatu yang paling tepat.

Jangan pernah lupa: SESUNGGUHNYA ALLAH MENGETAHUI SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.

Mengharungi hidup
berlandaskan Tuhan tujuan kehidupan
menatijahkan sesuatu:

Biar semua manusia menghina
asal Tuhan Redha.

Biar saya dan awak jadi ugly duckling sebab ugly duckling itu menjadi beautiful swan bila besar.



Apa yang saya nak sampaikan adalah: Saya sayang Allah! Saya nak nangis bila Allah uji saya, sebab Allah sayang saya. Saya nak nangis bila apa yang saya hasratkan, Allah jawab. Saya nak nangis sebab Allah beri saya peluang untuk mendalami IlmuNya. Tapi...saya tak pasti kalau saya dipilih Allah untuk menjadi orang yang faqiih dalam agama. :'(


Apa-apa pun...
My dearies... :) Sangka baik dengan DIA k. Apa apa pun yang terjadi be it good or bad, Just Sangka baik dengan Allah...and like me, u will find that Allah is the sweetest! :) ThankYou Allah.





No comments: