Jul 12, 2009



Ku biar kalam berbicara




Selamat Hari Lahir, Halawatul Iman!


Dah 20 tahun, dah besar tau.



Iman doakan diri Iman semoga makin besar, makin matang..makin berilmu dan makin banyak amalnya. Bila berilmu semakin tunduk dan bila beramal kholis liLLAH.



Iman doa juga moga Iman dapat jadi hamba qonitah pd Rabbnya.



Qurratu ain utk Habibiha Sayyidina Muhammad Sollallahualaihiwasallam



dan menjadi penghibur ayah ibunya.





Iman doa lagi semoga Iman najah Dunia akhirat.



Semoga Iman dapat berbakti demi Islam.



Semoga Iman sentiasa beringat untuk menyukai saudara seislam Iman lebih dari Iman sendiri.





Amin Ya Rabbal 'Alamin



Al-atrak..

sudah 5 hari Iman meninggalkan bumi Mesir.

Iman sangat gembira dapat bertemu family Iman di sini. Tapi , Iman tak boleh nafikan bahawa hati Iman masih di Mesir. Masih teringat segalanya tentang Mesir.

Sejak pulang, hari-hari Iman ada munaqasyah dengan kakak2 dan abang2 untuk orientasi pelajar baru. 5 hari ini juga Iman luangkan masa dengan layan karenah Adam. Kasi mandi, suap makan, ajak main bola. Semuanya berubah menjadi seperti sebelum ini.

Iman rindu Syeikh Redha. Iman rindu syeikh Ahmad. Iman rindu Syeikh Yusri. Iman rindu Syeikh Ali. Iman rindu Syeikh Jamal.

Rindu sangat-sangat. Iman tak bedek.

Iman..Iman. Tak guna rindu-rindu. Teruskan perjuangan mereka. Keberadaan Kita semua di Singapura bukan hanya cuti semata. Kita ada kerja sebenarnya. Selesaikanlah kerja kita. Moga peninggalan kita berbaloi. Sepertimana Rasulullah hidup di hati kita, seperti itu juga para pewarisnya mendapat tempat di hati kita.

" Para ulama' orang-orang Allah, mereka tahu kita rindukan mereka, mereka mendoakan kita" kata-kata ini sangat menyentuh hati nurani ini.

Izinkan saya menangis?

No comments: