Jun 15, 2009

Quran buruk



" Yaa ayyuhallazina aamanuttaquLLAHA...."Malam yang damai itu ditemani dengan suara pemudi-pemudi mengalunkan ayat-ayat al-Quran. Sesekali diselang selikan sahutan cengkerik membuahkan melodi indah di waktu malam . Langit yang hitam dihiasi dengan cahaya rembulan dan kerdipan bintang-bintang yang bertaburan. Indahnya! Benarlah, Pesona malam bisa meningkatkan iman seorang hamba bagi mereka yang mahu berfikir dan bertadabbur melihat keagunganNYA.

Cahaya terang-benderang menyinari rumah kecil itu. Kelihatan seorang tua sedang duduk berteleku di penjuru ruang tamu. Di hadapannya seorang kanak-kanak sedang khusyuk memperdengarkan bacaanya. Seribu kedutan yang terpamer di wajahnya menandakan usia yang meningkat senja. Namun, senyuman sentiasa menghiasi bibir. Senyuman itu, meski tidak semanis senyuman si anak dara, ia tetap anggun di pandangan mata. Itulah rutinnya setiap hari. Pagi.. dihabiskan berteleku diatas sejadah dengan bertasbih, bertahmid dan berselawat keatas junjungan Rasul SallaLLAHU alaihi wasallam. Petang... beliau sibuk menyemak kitab-kitab turast di perpustakaan miliknya.Malam pula... diluangkan tenaganya dengan mentasmi' serta mengajar anak-anak kampungnya.

Suatu petang, ketika sedang membaca kitab Sohih Bukhari beliau terkenangkan kata-kata syeikh yang mengajarnya dulu. " Ketika membaca hadis, jangan lupa melihat kepada perawi-perawinya. Kerana tanpa mereka.. hadis tidak akan sampai kepada kita. Merekalah penyampai anfaas ar-Rasul" . Orang tua itu tersenyum. Betapa dia rindukan Suhbah sebegitu! Andai diberi secebis kekuatan mahu sahaja digagahkan kaki tuanya berlari-lari mengejar syeikh. "Lait syabab ya'udu yauman!"


"Assalamualaikum~" Suara halus kedengaran di muka pintu. Selepas diizinkan masuk, pemudi-pemudi itu duduk dan membuat suatu bulatan. Orang tua itu memandang satu-persatu anak-anak muridnya. Merekalah harapan Ummah. Merekalah puteri-puteri yang akan melahirkan pahlawan-pahlawan Islam, yang terus menerus akan menengakkan kalimah Tauhid di muka bumi ini. Kelas Sohih Bukhary dimulakan dengan tahmid dan selawat kepada Rasul pembawa rahmat sekelian alam. Orang tua itu membuka bicara, " Puteri-puteri ku... jangan pernah tinggal sehari dalam hidupmu tanpa berselawat kepada RasuluLLAH. Ingatlah ketika Allah berfirman -InnALLAHA wa Malaaikatahu yusolluna alan nabiy, ya Ayyuhal laziina aamanu sollu alaihi wasallimu taslima- Allah tidak menyuruh dengan sia-sia. Kerana barangsiapa yang berselawat kepada Rasul sekali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali. Selawat lah kerana ia syifaa' dan selawatlah, kerana ia tanda ingatan dan cinta kita padanya." Anak-anak muridnya itu mengangguk, diam seribu bahasa.

Pagi Jumaat itu, pondok yang selalu riuh dengan suara orang mengaji dan bertalaqqi kitab dipenuhi penduduk kampung. Berduyun-duyun orang datang dengan mata yang memerah. Gerimis pagi menangisi pemergian seorang tua yang telah banyak berbakti kepada agamanya.

Bah!

Salam~ aduh, selepas berbulan-bulan tidak menulis dengan susunan ayat yang betul, agak payah kepala ni memikirkan kata-kata yang sesuai untuk buat karangan ni. Sebenarnya cerita diatas adalah cerita hati saya. Impian saya. Adalah masa tu sedang berbual dengan seorang sahabat, terus terkeluar tentang keadaan dah tua dan cerita yang saya cerita samalah mcm kat atas tu. hehe.."'adilah ni.. orang berangan camna nak kawen sume.. awak berangan sampai dah tua.. sampai mati" komennya. Hmm.. yelah, tak salahkan berpandangan jauh. Moga nanti dah tua, kite semua tergolong dalam kategori nenek-nenek quran buruk. Yang memberi faedah .kepada nusa bangsa dan agama. Ameen. Imtihan lagi satu maddah sahaja. Sungguh tak sabar!!! Selepas ini.. apalagi~ tak payah lah keluarkan duit beli Cappucino. Hihi.. big deal? ok, doakn imtihan yg terakhir yerr... Moga sukses semua! bhasyah!-

No comments: