May 25, 2009

Dari dapur Iman



Resipi bulan ini: Kentang sambal
Bahan-bahannya:
1) Bawang besar
2) Bawang putih
3) Lada merah
4)Serbuk cili
*
Kesemua bahan-bahan dikisar
Bahan-bahan lain:
5) Kicap
6)Garam
7) Tomato puree
8) Pati belacan
9) Gula
Cara membuatnya:
-Tumis bahan-bahan yang disebutkan diatas hingga garing
- Masukkan bahan-bahan yang disebutkan diatas
-Pecahkan telur
Setelah sambal sedia, masukkan kentang yang telah digoreng.
Taraa~ selamat mencuba!
*Resipi asal dari ibu tersayang tapi ditokok tambah untuk betulkan rasa yang kurang. :)
_____________________________________________________________
Alhamdulillah, imtihan semalam dimudahkan. Bagaimana markah diberi saya serahkan segala-galanyan kepada DIA. Huwa kareem..huwa kareem.
Semalam daur masak saya. Oleh kerana peti sejuk sudah 'kontang' yang tinggal hanya kentang, saya pun masaklah kentang. Alhamdulillah, menjadi satu kebanggaan dapat menyiapkan makanan yang walaupun tak seberapa. Meleleh airmata saat bawang dipotong. Sakit tangan kena potong kentang banyak2. Ececeh...bukan nak mengeluh, saja nak menzahirkan pengorbanan si tukang masak. Baik saya, awak atau sesiapa yang masak. :) huhu~ baru tahu dan sedar penatnya ibu masak.
Kentang ni rasanya tak seberapa lah.. Tapi dorang kata sedap. hehe... saya pun rasa sedap. :P Bukan nak bangga atau nak riya... "wa amma binikmati rabbika fahaddis" hee
ok, bagi sesiapa yang terliur, (ehem ehem) apalagi! cubalah.. pasti menjilat jari!
Heheh..siap pr0mote lagi eh. Saja berlatih nak jadi hos masak join mami (Puan Asmah Laili) Amacam kawan-kawan? ada bakatt tak?! huhu~
oklah, till here. Im waiting patiently for azan Maghrib, Puasa bulan panas UJIAN,
boleh? Allahu asbirniy. Doakan saya yang sedang imtihan~
nxt paper: English.
3 down, 7 more to g0~ Aja aja..Exams Is fun!!!
Salam.

No comments: