Mar 16, 2009

Cerita Qalby.. :)



Sejak akhir-akhir ini, hati ini riang sekali. Bagai orang yang ngantuk disorongkan bantal, bagai anak kecil kelaparan disua susu, begitulah keadaan iman sekarang ini. Bagai tahu-tahu saja apa yang dihajati, apa yang diingini. Eh! Iman tak perlu guna perkataan 'bagai' sebab sememangnya Iman tahu DIA maha Tahu.

Dalam kegembiraan ini, Iman tahu.. dan Iman rasakan sendiri bahawa Inna maal Usri Yusra. Iman susah-susah dahulu, kemudian baru Iman dapat kesenangan. Apa lah yang lebih menggembirakan bila Orang yang Iman kagum selama ni begitu dekat dan hampir dengan Iman. Melihatnya mengingatkan Iman pada akhirat, mendengar kata-katanya menambahkan keyakinan Iman pada Islam dan bersamanya buat hati Iman senang dan tenang. Wajahnya bercahaya... sungguhpun tiada senyuman yg diberikan ketika pertama kali bertemu, Iman percaya pada keseriusan itu lah adanya haibah.

Saat munaqasyah bersama usrah kerohanian, bimbang benar hati Iman. Siapalah yang akan kami sunting menjadi Murabbi tafaqquh kami. Sheikh idaman dan Sheikh pilihan semua hebat-hebat belaka. Iman taraddud. Tak mungkin apa yang Iman nak akan tercapai. Iman cuba berfikiran realistik.


Sheikh Usamah Mahmoud Muhammad Al-Azhariy.




Iman ditugaskan untuk mencari nombor Sheikh Usamah. Tanpa bantahan, Iman terima arahan walaupun terdetik juga di hatinya: Manalah nak dapat no. Sheikh???? Network kat sini pun tak lebar lagi. Net nelayan lagi lebar agaknya. Hmmmmmm..

Bagai cacing kepanasan, Iman keresahan, Tak reti nak duduk diam. Iman tanya kak Fathiah, Iman tanya Kak Halimah. Akhirnya, atas pertolongan kak Halimah, Iman dapat no Zaujah Sheikh! No Dukturah Fathimah dalam genggaman! Alhamdulillah... tetapi, Iman tak mampu nak buat apa-apa. Iman masih belum fasih berbahasa dan masih belum cekap mendengar.

Iman minta tolong Kak Sri. Iman untung. Sebab hidup keliling orang-orang yang sudah masak dan meranum. Sedang Iman masih lagi sebiji benih. Masih perlukan hujan dan cahaya matahari untuk menghasilkan buah. Kak Sri dengan baik hatinya menghubungi Dukturah Fathimah.

Penantian satu penyeksaan. Dari malam ke pagi, pagi ke tengahari. Barulah kami dapat jawapan.

Basyeer yang Iman terima diiringi dengan sejuta kesyukuran dipanjatkan kepada Allah. Iman pesan usrah Iman supaya sujud syukur. Dialah sebaik-baik tempat meminta pertolongan! "Ujiibu da'watad Daa'i izaa da'aan".












No comments: