Feb 16, 2009



Rehlah Adik-Adik MasyaAllaH



Adik-adik MasyaAllah bersama tugu BUKU @ Mansoura

HARI PERTAMA: MANSOURA

Kami berangkat lebih kurang jam 6 petang . Masing-masing sudah tidak sabar untuk 'bercuti'. Almaklumlah, tak rehlah Hurghada, kami buat rehlah sendiri. Sedikit orang dan sedikit belanja nya :) Kami ke sana menaiki bus East Delta di perhentian bas yang berdekatan dengan Ahmad Helmi ( nama tempat ok, bukan nama orang :) Ala-ala pudu raya gitu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam


Kami tiba di Mansoura apabila hari sudah gelap. Dari perhentian bas, kami menaiki sayyarah ugrah untuk sampai ke beit kakak. Bayangkan! 6 orang dalam 1 taxi! Fuh, sesak banget! ketawalah ammu~ tak luak mana pun kita. Nak tak nak, semua perlu naik 1 taxi alashaan... cuma kak idah seorang aje tahu di mana tempatnya! hmmp..


Sampai aje ru

mah, kami makan Ice cream. Cuaca memang sejuk di luar, tapi tekak mengidam jugak Ice cream, ikut kan je rentaknya. Tekak pun ada haknya. Kan Rasul pesan, " Wa 'Athi kulla zii haqqin haqqahu" :) Selepas menikmatinya, apalagi! Time to sleep~ ( Mata pun nak meminta haknya juga ) hee


Keesokan hari...

Tersebut alkisah.. ada 4 dara, seawal hari lagi sudah bersiap-siap. Dengan semangat yang membara, berbekalkan Qaul " al-aqlus saleem fi jismis saleem" mereka melangkahkan kaki ke istad yang terletak di Gum'ah. Terdapat bermacam-macam jenis sukan di situ dari tennis, squash dll. Kami menyertai Aerobic yang diketuai oleh seorang wanita Arab. hmm...Yamin sana. shimal sini... keluar dari tempat tu, nak patah pinggang! Kenanya, sampai sekarang masih terasa sengalnya. *ehem ehem.. tulah~ kan kak idah dah pesaaan, degil!



BREAKFAST LUNCH DINNER

Fuh~ bab makan mmg MasyaAllah lah sangat. Catering tamam yakni. Kak Nad masak laksa style Malaysia samaada style negeri Johor atau Pinang, tak pasti. Kak Amy masak Udang nestum MESKIPUN udangnya saiz kacang cap ibu jari. Kak Idah pula masak macam2. Cucur nasi, Nasi Lemak... memang powerlah mereka. Lepas makan, tak kasi cuci pinggan pula! Macam bidadari kami di sana. TAPI balik rumah, kakak ketua kata "e'eh tengok tu pipi makin tembam" *ape nak buat*



boat paddling menjanjikan keseronakan mengayuh di sungai Nabi Musa dibawa arus ke sisi Asia



Selepas makan tengahari beramai-ramai, kakak membawa kami ke Sungai Neil untuk Boat paddling selama setengah jam. MasyaAllah, pemandangan begitu indah dan tenang. Kami dapat saksikan matahari terbenam di ufuk barat. Sangat cantik sekali. Best, best jugak.. lenguh, lenguh jugak. Mengayuh basikal dan mengayuh boat kecil ini, memerlukan tenaga yang berganda2.. sungguh tak sama!




Mansoura di waktu senja

.Pada sebelah malam pula, kami mengambil keputusan untuk cuci mata di sekitar sikkah
Kami berehat-rehat di Fayyoumi menikmati Ice Cream S B M. S edap B anyak dan M uai. Tapi sayang, 'kami' di sini tak membabitkan saya. Kerana pada waktu itu, energy saya sudah pada tahap 0.5% Kawan-kawan serta kakak2 begitu energetic sungguh! Ternyata.. Aerobic telah merampas hari saya..... *tskk tskk



HARI KETIGA: DUMYAT & RA'SUL BARR

Sebelum ke Dumyath, kami singgah dahulu ke mathaf atau muzium. Di situlah saya mengenali tentang seorang wanita yang bernama Syajaratud Durr ibu kepada Altantusyah. Seorang wanita yang sangat bijak, tabah dan cantik. Merupakan isteri kepada sultan Salih yang memerintah Mesir pada tahun 674H. Dikatakan bahawa ketika suaminya meninggal dunia, beliau merahsiakan kematian ini dan mengambil alih mentadbir negeri demi tidak melemahkan semangat pasukan tentera yang sedang memerangi pihak kristen di bawah pimpinan raja Louis IX. Beliau kemudiannya memanggil puteranya yang sedang berada di Syam. (Oleh kerana saya sangat tertarik dengan perwatakan wanita ini, saya menamakan teddybear yg diberi kak Idah dengan Syajaratud durr ) *smileee

Untuk ke Dumyat, kami harus menaiki Tramco di Tolkhah. Bandar bersebelahan dengan Mansoura * dipisahkan dengan Nil tetapi telah dibina bridge untuk menghubungkan keduanya.

DUMYAT: PERHENTIAN PERTAMA


Ombak yang memukul pantai tiada henti



Bermusyrifkan Ustaz Along, kami berkesempatan mengutip kerang di Dumyath. Perjalanan agak jauh tetapi tidak terasa bosan kerana di sepanjang perjalanan, mata kami dihidangkan dengan pemandangan yang MasyaAllah cantiknya. Jangan fikir Mesir yang sahara ini tiada sawah. Bahkan tanaman begitu subur sekali- sumber dr air Nil yang mengalir di sepanjang kampung halaman . Alhamdulillah, setelah berbulan tak merasai air laut, akhirnya dada dan saya berkesempatan merasainya. Kami tak mandi, hanya dapat jalan di bibir laut saja. Tu pun sudah cukup bagus! Selain tu, kami dapat kutip kulit kerang buat ole-ole untuk diberikan kpd kakak ketua dan kak fatyah.. Since ade extra, nak bagi kakak2 syareef juga!!! :)


Salah satu bukti kebenaran alQuran

Setelah menjamu selera dan puas bermain air, kami meneruskan perjalanan ke Ra'sul Barr. Di sini lah tempat Nahrul Nil dan Bahrul Abyadh al-Awsath bertemu. Seperti firman Allah " Marajal bahraini yaltaqiyan. bainahuma barzakhul laa yabghiyan" di sini jugalah air masin ( milhun ujaj ) dan air tawar ( azbun furatun saaighun syarabuhu ) bertemu .Subhanallah..Subhanallah. Fabiayyi alaa i rabbikuma tukazzibaan?






Pemandangan di Ra'sul barr sewaktu matahari terbenam

Apabila matahari kian terbenam, kami diajak pulang. Meskipun belum puas, kami bersyukur kerana diberi kesempatan menikmati keindahan alam ciptaanNYA.

HARI TERAKHIR: MANSOURA

Hati begitu berat untuk meninggalkan Mansoura. Meninggalkan segala-galanya di sana. Kerana..di Kaherah ada tanggungjawab yang menanti, ada beban yang menunggu. Namun, kehidupan harus diteruskan...... Alf Syukran kepada Kak Idah Kak Nad Kak Amy dan Kak Ah kerana melayan kami dengan begitu baaaaik sekali. Semoga rehlah ni merupakan ibadah kepada kita sebagai tolibul ilm untuk lebih semangat belajar selepas berehat sebentar.



( Left - right ) : Mtyr kecil, ha5, Srikandi, Kirana and Siti ainulmardhiyah.

Pstt..pstt..
Rehlah bersama, belajar oso bersama okies? :) Uhibbukunna fiLLAH







No comments: