Fatrah Imtihan
11 Januari 2009
Pertama kali menduduki peperiksaan sebagai mahasiswi Al-Azhar. Takut. Seram. Resah bercampur menjadi satu membuatkan dadaku sesak.
Pintu masuk Mabna Adim begitu sesak dengan pelajar-pelajar banat misriyyah dan wafidat mencari no. lajnah untuk mengambil imtihan. Raqam julusku: 8976 ditempatkan di daur tsalis. Mujur kami datang lebih awal jadi keadaan tidak terlalu kecoh.
Selepas mengelilingi daur Tsalis akhirnya kami berjumpa dengan mudarraj yang telah ditempatkan. Alhamdulillah..lega! Beberapa minit kemudian seorang wanita muda munaqqabah masuk mengarahkan kami menyimpan buku dan meletakkan syantoh ditempat yg disediakan.
That's it! aku harus berhenti dari membaca dan murajaah. Dengan hati dan tangan yang berat aku menyimpan nota dan buku ku. Aku serahkan segala Ilmu dan hafalan di bawah jagaanNYA.
~ Fa izaa 'azamta fatawakkal 'alaLLAH~
Saat pertama mata tertancap pada kertas peperiksaan, darahku seakan terhenti. Seakan ada batu yang menghempap kotak pemikiranku menghalang ia untuk berfikir dan memuntahkan segala apa yang telah ku pelajari sebulan sebelum hari peperiksaan. Lantas mulut berkumat kamit membaca segala doa yang boleh membuat hatiku tenang. Selawat dan salam ku sampaikan kepada habibina sohibul Jamal. Hati penuh mengharap memohon DIA permudahkan segala urusan.
~ Allahummaf tah 'alaina futuhal 'aarifeen~
Aku sedar. Hafalan dan usaha aku kerah selama ini bukan kuasa mutlak bagi meraih satu kejayaan. Kerana ada yang lebih BERKUASA. Justeru, kunci kejayaan yang sebenar adalah Usaha dan doa.
~Doa tanpa Usaha adalah Bodoh dan Usaha tanpa Doa adalah Sombong~
Aku membaca kertas soalan dengan penuh konsentrasi. Tapi kadang2 digaanggu dengan suara ablah bertugas. Bercakap mahu satu dewan dengar! tapi aku sudah lali dengan jerit teriak misriy. Itu kekurangan mereka. Kita juga punya kekurangan. Aku mulakan dengan soalan yang selesa dahulu. SARAF. Sebolehnya aku ingin taqdeemkan kertas soalan yang CANTIK kepada dukturah: Tulisan cantik, Jawapan juga perlu cantik.
Mahiyah insan itu lupa. ' Wa khuliqal insaanu do'ifaa' . Aku tak pasti dengan jawapan yang aku berikan. Konfidenku kholis-Sifr 0! Aku berdoa..terus terusan berselawat.
Masa terus berjalan. Aku lakukan apa yang aku tahu dan termampu ala hasbi fahmiy. DIA banyak menolongku. Sungguhpun ada soalan yang 'ana mush 'arfah' dengan pemahaman ku yang terbatas, aku mencuba. No harm trying. Moga dilembutkan hati dukturah ketika mentashih.
~ Ya lateef~
.: The one who WINS is the One who THINKS he Can:.
AlFatihah dihadiahkan kepada Allahyarham bapa kawanku yang meninggal beberapa jam sebelum beliau mengambil imtihan. Innalillah. Allahu qawwiiha ya rabb.
* Ibu, ayah, kak Nur, kak Idah dan adik ailah. Syukran atas doa dan sokongan yang diberikan. Terus mendoakan diri ini. Hingga di sini. 2 hari lagi... MANTIQ.

No comments:
Post a Comment