Oct 4, 2008

Tanya pada hati
Ya Lateef
Ya 'Aleem
Ya Khabeer
Jika ditanya pada hati, apa perasaannya sekarang, pasti hati buntu, memikirkan apa yang dirasainya tika ini. Benarkah apa yang dikatakan mulut tulus dari hati? Benarkah senyuman yang terukir di bibir melahirkan bahagianya hati? Benarkah keletah riang si jasad manifestasi riangnya si hati?
Entahlah.. yang mampu merasa hanya mampu merasa tidak bisa meluahkan kerana peritnya hanya boleh dirasa tidak mampu diluah lantas tidak terluah. Memakan si hati sedikit demi sedikit hingga sampai pada satu tahap, si hati tidak mampu menahan...ke mana ingin hati membawa diri? Siapakah sebaik2 pemujuk bagi si hati? Si hati penat.. si hati keletihan.
Hm.. benarkah ubat penyakitnya si hati itu SABAR, REDHA dan SYUKUR. Jikalau benar.. Aduhai, payahnya ingin memiliki ubat itu. Seperti pungguk rindukan bulan. Mahalnya ubat itu sehingga memerlukan kepada harta yang hati sendiri tidak tahu kewujudannya.
Sakitnya hati kerana diuji.
Peritnya hati kerana diuji.
Nyilunya hati kerana diuji.
Bahagianya hati juga kerana DIUJI.
Mereka kata " Ujian kaffarah dosa". Mereka memujuk dengan kata-kata "Sabar!". Telinga menadah akal menerima tapi, apa kata si hati?
Diri tahu... ujian ini bukan sebarang ujian.
Ujian datang menguatkan iman.
putus asa bukan cara penyelesaian
tetapi yg utama husnuzzhan pada tuhan
Bukankah DIA yg MAHA MENGETAHUI
dengan pengetahuanNYA kehidupan manusia terancang
Rencana TUHAN itu cantik..Rencana TUHAN itu indah.
Bukankah DIA yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG.
Tidak mungkin memberi ujian tanpa dapat dipikul yang diberi ujian.
Firmannya:
" Laa yukallifuLLAHU nafsan illaa wus'ahaa"
Hati resah. Hati gelisah. Balik padaNYA. IngatiNYA. Adu padaNYA.
Kerana DIA mendengar RINTIHAN hambanya.
Ya Allah kuatkan 'Adilah.
Fizikal, mental dan emosi

No comments: